Translate

13/05/2012

NAJIB MERIMASKAN PAKATAN

Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai asas kukuh untuk berkata dengan yakin bahawa BN mampu menguasai semula negeri-negeri yang kini diperintah pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut penganalisis politik.

Mereka melihat momentum sokongan rakyat yang kian menebal kepada BN setelah perdana menteri melaksanakan pelan transformasi negara bukan sahaja dibuat dengan bersungguh-sungguh tetapi juga jelas telah memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Faktor itu, kata mereka, berperanan sangat penting untuk mengubah gelombang sokongan rakyat kepada kerajaan BN, apatah lagi rakyat kini berasa mempunyai hubungan yang 'dekat' dengan perdana menteri dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saban minggu turun ke padang untuk meninjau dan menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

"Saya melihat sokongan rakyat kepada BN semakin pulih kerana dasar yang dilaksanakan kerajaan adalah menyeluruh dan adil kepada semua termasuk kaum-kaum minoriti," kata Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan itu berkata amalan bersemuka dengan rakyat telah membuahkan hasil di mana setiap kali pemimpin BN turun padang ada sahaja peruntukan yang diumumkan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

bersambung disini: Baca Jangan Tak Baca

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...