Sejak beberapa hari lepas kecoh di media luar negada mengenai lebih 200 ahli keluarga mangsa di China yang berhimpun di depan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menyampaikan bantahan mereka berkaitan hilangnya pesawat MH370. Walau bagaimanapun, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini telah menegaskan yang sentimen anti-Malaysia di China tidak wujud, meskipun terdapat dakwaan bahawa media Malaysia tidak mendapat layanan yang baik di negara itu.
Menurut beliau, ramai ahli keluarga mangsa warganegara China mengharapkan bahawa kita ( Malaysia ) teruskan SAR (pencarian dan menyelamat) kita.
Di internet telah tersebar gambar demonstrasi di luar kedutaan Malaysia dengan sepanduk dan laungan penunjukkan perasaan.“Kembalikan keluarga kami,” seru para penunjuk perasaan di depan pintu bangunan Kedutaan Malaysia di Beijing sambil membawa sepanduk-sepanduk bertuliskan: “Kerajaan Malaysia adalah pembunuh” dan “Kami ingin keluarga kami kembali.”
Para keluarga mangsa tersebut marah dan kecewa kerana kerajaan Malaysia telah mengumumkan pesawat MH370 jatuh di Lautan Hindi, padahal belum ada satu serpihan pun yang dijumpai.
Selain itu juga, terdapat dakwaan mengenai selebriti China yang menyeru secara terbuka supaya rakyat negara itu memboikot produk buatan Malaysia dan tidak melancong di Malaysia. Selebriti Malaysia yang menempa nama di China iaitu Shila Amzah turut terkena tempias apabila dia dicemuh dan diminta keluar dari China di laman sosial Twitter dan Weibo.
Pelakon hebat China dan menempa nama di Hollywood, Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Sumber:wanista