SANA SINI SIBUK DUK
KATA ORANG CURI LA, PEROMPAK LA, padahal betul juga
seperti mana yang pernah disebut Mat Sabu, MAHATHIR ADALAH KEPALA
PEROMPAK sebenarnya.
Orang Langkawi banyak tahu tanah TANAH DI LANGKAWI banyak dibeli dan dipunyai oleh kroni Mahathir. Tanah celah bukit, tanah dekat dengan laut semua kena sapu habis dah
dengan suku sakat kroni Mahathir.
Ini pendedahan panas yang orang
Langkawi kena ambil tau.. semasa menjadi Penasihat LADA sejak Mac 2003 hingga
Mac 2016, Mahathir telah salah gunakan kedudukan itu untuk dapatkan tanah.
Tanah seluas 4 ekar di Lot 148,
149, 150, 136 dan 137 di Bandar Kuah telah diminta secara bersurat oleh
Mahathir pada 1 September 2009 untuk tujuan sewaan. Tanah itu adalah bersebelahan
Pusat Kraftangan Teluk Yu.
Dalam surat yang dialamatkan kepada Azman Umar (Pengurus Besar LADA)
oleh Mahathir itu, tujuan asal hendak menyewa tanah itu ditulis sebagai
"untuk maksud menternak lembu".
Pada 31 Mei 2011, Azman Umar
telah membalas balik surat itu. Menyatakan permohonan Mahathir untuk bela lembu
diluluskan. Tanah 4 ekar itu dilulus secara pajakan dengan nilai RM20 seekar
setahun selama 30 tahun.
Murahnya. Bayar RM80 setahun.
Dalam masa 30 tahun baru RM2,400. Murah sungguh. Mahathir sekali naik jet pun
bayar RM50,000, ni sewa tanah 30 tahun bayar RM2,400 sahaja?
Lembu pun dah mahal sekarang,
kalau jual dua ekor lembu dah boleh bayar sewa pajakan untuk 30 tahun. Murah
sungguh sewa RM80 setahun untuk 4 ekar tanah itu.
Apakah Mahathir selaku Penasihat
LADA, menasihatkan dan mempengaruhi keputusan Jemaah Pengarah LADA untuk
mendapatkan sewa yang terlalu murah?
Masalahnya dekat tapak tanah
kini, ada lembukah yang sedang dibela oleh Mahathir?
Orang Langkawi kena pi jenguk
sendiri, betui ka Mahathir jaga lembu? Entah entah bela kuda atas tanah
itu?
Selepas ini orang Langkawi kena
tunggu, ada lagi pendedahan tentang skandal tanah Mahathir di Langkawi.
Walau apapun cara permohonan dan
kertas kerja Mahathir lembu, fertigasi, tanam buah tembikai dan lain-lain lagi,
mesej yang jelas ialah Mahathir meminta semua tanah-tanah itu terlebih dahulu.
Benarkah tanah-tanah itu telah dimajukan sekarang mengikut projek yang diminta
atau hanya sekarang mahu 'lock' tanah yang ada bagi tujuan yang lain.
Rakyat Langkawi buka mata. Dulu
semua kroni dah rembat sekarang Tun M sendiri rembat tanah-tanah Langkawi. Kini
nak jadi Ahli Parlimen Langkawi. Kamu rakyat Langkawi dapat apa?
Sumber: KLIK DISINI