“Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal kempen penentangan untuk menggulingkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berucap dalam Simposium Peperangan
Malaysia Menentang Rasuah pada November 2015, Dr Mahathir menggesa gaya hidup
mewah dijadikan bukti di mahkamah untuk menyabitkan seseorang individu
melakukan rasuah.
“Mahkamah
perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan
terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.
“Jika ini
yang berlaku, akan kuranglah peluang mereka di tempat tinggi untuk menjadi
rasuah,” katanya lagi.
Blog
Mykmu.net menyifatkan kenyataan Dr Mahathir ibarat menepuk dulang di air,
terpercik ke muka sendiri berikutan tersebarnya beberapa keping gambar
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan
memperagakan kereta mewah dan menunggang kuda sebagai aktiviti riadah hujung
minggu.
Aktiviti berkenaan disiarkan oleh halaman Facebook
pro Dr Mahathir, Kelab Che Det,
yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial.
“Bersangka baik, mungkin gaya
hidupnya adalah berkat usahanya sebagai seorang doktor, yang memungkinkannya
menikmati kemewahan hobi menunggang kuda, selain deretan kereta-kereta mewah
yang sering dipamerkan, tidak termasuk proton saga.
“Almaklum
sahajalah, beliau sendiri mengaku tidak pernah dapat apa-apa faedah menjawat
jawatan perdana menteri dan Presiden UMNO,” tulis Mykmu.net.
Bagi Penganalisis
Politik Lim Sian See (LSS),
beliau juga menyifatkan kenyataan oleh Dr Mahathir berkenaan gaya hidup mewah kini
terpalit kepada dirinya sendiri.
Tambahnya,
selepas memperagakan gaya hidup mewah, Dr Mahathir akan BERPURA-PURA MENJADI RAKYAT BIASA.
“Lepas ni
boleh naik MRT dan berpura-pura dia adalah rakyat biasa dan kemudian mendakwa
bahawa MRT tidak akan wujud tanpanya,” ujar LSS.
Sumber: KLIK DISINI