Translate

Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Najib Tun Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Najib Tun Razak. Papar semua catatan

23/02/2023

PENDEDAHAN SALAHLAKU NAZLAN KES SRC DI PARLIMEN


Pendedahan yang dibuat di parlimen tadi berkenaan salah laku Nazlan dalam kes SRC sehingga DISYORKAN OLEH SPRM SUPAYA DIRUJUK KE JAWATANKUASA TATATETIKA KEHAKIMAN sudah pasti adalah perkembangan terbaru yang pasti akan dibangkitkan oleh pasukan peguam DSN ketika sambungan semula semakan kes SRC pada Isnin depan.

Dengan PELANGGARAN ETIKA tersebut, di bawah sebuah sistem kehakiman yang adil, sudah semestinya penghakiman Nazlan sudah tidak lagi selamat, sangat diragui dan patut ditongsampahkan.

NAJIB PERLU DIBEBASKAN SEGERA dan kesnya sama ada dibuang saja (mistrial) atau dibicara semula (retrial).

Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat badan kehakiman perlu diadakan segera bagi MENYIASAT HAKIM-HAKIM YANG DILANTIK TANPA MENGIKUT SYOR JAWATANKUASA KEHAKIMAN DAN NAIK PAKAI CABLE MAHATHIR DAN TOMMY THOMAS seperti yang didedahkan oleh Tommy.

Paling merisaukan melihat tingkah laku Ketua Hakim Negara yang telah memenjarakan Najib tanpa beliau diwakili peguam (secara ex-parte), memaksa seorang peguam yang hendak menarik diri dari kes untuk terus duduk di bangku peguam bela bagi memberi ilusi Najib kononnya masih diwakili peguam dan paling keji…

keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan sudah siap lama sebelum kes rayuan berakhir dan telah bocor online. Bermakna rayuan di Mahkamah Persekutuan itu hanyalah wayang yang sudah ada skrip yang dirancang!

Semua ini perlu disiasat, dijawab dan diperbetulkan bagi mengembalikan integriti Jabatan Kehakiman serta memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman negara.

 KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

15/11/2017

TRUMP PUJI NAJIB URUSKAN DIALOG ASEAN-AS

MANILA: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kejayaan menganjurkan Dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, hari ini.

Malaysia merupakan negara penganjur dialog tersebut yang diadakan sempena 40 tahun perhubungan rantau ini dengan negara itu dan juga ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib (Tun Razak) atas kecemerlangan penganjuran majlis dialog ini dan saya sangat menghargainya. Anda menyelaraskannya dengan baik dengan kami,” katanya dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan sempena dialog tertutup tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina di sini yang dipengerusikan oleh Presiden Filipina Rodrigo Dutarte.

Menurut Kementerian Luar, fokus dialog tersebut antara lain akan membincangkan mengenai kejayaan hubungan 40 tahun kedua-dua rantau, isu-isu berbangkit seperti pertikaian Laut China Selatan, keganasan, ekonomi digital dan rancangan masa depan.

Sumber: KLIK DISINI

16/09/2017

KENYATAAN MAHATHIR IBARAT MENEPUK DULANG DI AIR, TERPERCIK KE MUKA SENDIRI

Gaya Hidup Mewah Bukti Amalan Rasuah, Kata Mahathir Depan Cermin.

“Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal kempen penentangan untuk menggulingkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berucap dalam Simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah pada November 2015, Dr Mahathir menggesa gaya hidup mewah dijadikan bukti di mahkamah untuk menyabitkan seseorang individu melakukan rasuah.

07/09/2017

KEBANYAKAN PENGKRITIK BERSIKAP BANGANG DAN BEBAL

Pengkritik Bersikap Tidak Adil Terhadap Najib Penganalisa Ekonomi

Peng­analisis menyifatkan keba­nyakan pihak di negara ini bersikap tidak adil dengan mengabaikan pencapaian eko­nomi Malaysia di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya bagi Dr. Bruce Gale, seorang bekas penasihat politik dan ekonomi serantau yang kini penulis tetamu akhbar berpengaruh Singapura, The Straits Times, sebahagian rakyat atau pembangkang lebih gemar memperbesar-besarkan kemelut yang berlaku di dalam negara yang sebenarnya tidak menjejaskan ekonomi.
Katanya, antara pencapaian di bawah Najib ialah kemampuan memperbaiki struktur sistem subsidi, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) secara tersusun dan pelancaran program bagi memenuhi keperluan hidup golongan berpendapatan menengah dan rendah.
“Ekonomi Malaysia berkembang lebih tinggi berbanding purata antarabangsa, tetapi Najib tidak diberikan pujian.

“Secara realiti di bawah kepemimpinan beliau, dasar-dasar ekonomi Malaysia adalah tersusun dan penstrukturan subsidi dan GST adalah sangat penting kepada negara,” katanya menerusi artikel yang dikeluarkan oleh The Straits Times hari ini.
Tambah Gale, agak malang apabila kebanyakan pihak mengeluarkan pandangan tan­pa memikirkan sumba­ngan yang diberikan oleh Perdana Menteri.
Katanya, sebagai contoh, kontroversi ditimbulkan bahawa pentadbiran Najib membuatkan hutang kerajaan sehingga Jun 2016 berjumlah RM655.7 bilion menyamai 53.2% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), meningkat daripada 41% pada akhir 2008.
“Namun perlu ingat, pe­ningkatan mendadak itu berlaku pada 2009, apabila kerajaan terpaksa berbelanja besar bagi merancakkan ekonomi tempatan. Perbelanjaan itu perlu bagi menyelamatkan negara yang terkesan akibat krisis hutang dunia pada masa itu,” katanya.
Jelasnya lagi, antara perkara yang sering disalah tafsir ialah mengenai kejatuhan ringgit sedangkan kemerosotan nilai mata wang itu berpunca akibat faktor luaran khususnya penurunan harga minyak.
“Pada masa sama bagi pengkritik, tiada perkara yang lebih penting untuk mereka isu-isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) serta derma daripada Arab Saudi,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

10/08/2017

1MDB: MAHATHIR SEMAKIN TERTEKAN DIATAS KEPUTUSAN MAHKAMAH DI LONDON

Pemimpin pakatan pembangkang kini perlu insaf dan bertaubat di atas perbuatan mereka dan berhenti memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini adalah kerana keputusan mahkamah di London bahawa tidak ada bukti bahawa Najib pernah beri rasuah atau salah guna kuasa.
Ini latar belakang ceritanya, pada 2 Ogos lepas, sepasukan Peguam Britain mewakili Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu prosiding pengurusan kes untuk menentukan jumlah desposit yang perlu dibayar oleh Abdul Hadi sebagai keselamatan dengan mahkamah dalam soal saman sivil ke atas Editor Sarawak Report, Clare Rewscaslte Brown.
Saman itu membabitkan dakwaan bahawa Najib menyogok presiden PAS itu dengan RM90 juta, wang yang dikatakan oleh Clare berasal dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Setakat ini, beliau belum lagi memberi bukti keterangan kepada mahkamah untuk membuktikan dakwaannya walaupun diberi masa yang mencukupi untuk berbuat sedemikian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...