Pemimpin pakatan pembangkang kini perlu
insaf dan bertaubat di atas perbuatan mereka dan
berhenti memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan
Nasional (BN).
Presiden Pertubuhan Minda dan
Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini
adalah kerana keputusan mahkamah di London bahawa tidak ada bukti bahawa Najib pernah beri rasuah atau salah guna
kuasa.
Ini latar belakang ceritanya,
pada 2 Ogos lepas, sepasukan Peguam Britain mewakili Presiden PAS, Abdul Hadi
Awang dalam satu prosiding pengurusan kes untuk menentukan jumlah desposit yang
perlu dibayar oleh Abdul Hadi sebagai keselamatan dengan mahkamah dalam soal
saman sivil ke atas Editor Sarawak Report, Clare Rewscaslte Brown.
Saman itu membabitkan dakwaan bahawa Najib menyogok
presiden PAS itu dengan RM90 juta, wang yang dikatakan oleh Clare berasal dari
1Malaysia Development Berhad (1MDB). Setakat ini, beliau belum lagi memberi bukti
keterangan kepada mahkamah untuk membuktikan dakwaannya walaupun diberi masa
yang mencukupi untuk berbuat sedemikian.
Namun, beliau meminta hakim untuk
menetapkan £800,000 (kira-kira RM4.5 juta) sebagai jumlah deposit yang perlu
dibayar oleh Hadi dengan mahkamah.
Presiden PAS, sebaliknya,
menawarkan untuk membayar hanya RM80,000, dengan alasan bahawa jumlahnya adalah
“mencukupi dan tidak menyebabkan kontroversi.”
Bukan sahaja mahkamah menerima
tawaran Hadi, ia memutuskan bahawa Clare sendiri perlu membayar kos bernilai
£15,000 (kira-kira RM85,000) serta merta dan baki selebihnya berdasarkan
penilaian jumlah keseluruhan kos.
Mahkamah London telah memberikan Clare sehingga 23
Ogos 2017 untuk mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya bahawa Najib
menyogok Hadi dengan RM90 juta.
Itu adalah 18 hari dari sekarang,
lebih daripada masa yang mencukupi untuk Ketua Pengarang Sarawak Report untuk
menyusun begitu banyak “bukti panas” yang dikatakannya terhadap pentadbiran
Najib Razak.
Persoalannya, mengapa beliau belum
lagi melakukannya?
Menurut Ramesh, ini adalah satu
bukti kukuh dari mahkamah di London, negara asal Clare bahawa Najib dan BN
tidak merasuah mana-mana pihak melibatkan wang 1MDB.
“Segala dakwaan berkenaan 1MDB yang dibuat oleh
Mahathir selama ini pun tidak benar dan ia hanya dibuat-buat oleh Clare dengan
bantuan pihak-pihak tertentu untuk tujuan jahat.
“Pemimpin DAP, PKR, PAN dan PPBM
perlu insaf dan bertaubat serta berhenti terus menyalahkan 1MDB dan kerajaan
dengan cerita-cerita rekaan demi untuk menghasut rakyat,” katanya.
Menurut beliau, kalau tidak mahu
bertaubat pun, eloklah pemimpin pembangkang menjalankan tugas yang lebih
mementingkan rakyat daripada terus menerus menipu.
“Pembangkang di Malaysia suka
menipu dan guna politik kotor untuk dapat kerusi serta jadi wakil rakyat.
“Rakyat Malaysia sudah tidak
boleh kena tipu lagi dengan mereka, ini sudah terbukti mereka suka buat cerita
bohong,” kata Ramesh.
Sumber: Malaysian
Digest