Tuduhan Terhadap Majlis
Perasmian ECRL Adalah Tidak Benar.
Tengah viral kenyataan dari pihak
Perkasa mendakwa bahawa projek ECRL yang
dirasmikan PM tiada banner dan jurucakapnya dalam bahasa China. Kononnya negara sudah dijajah kata mereka.
Tuduhan ini tidak benar
kerana gambar gambar yang dipaparkan oleh pihak yang menuduh adalah semasa
semua jurutera CCCC datang untuk meraikan kedatangan pengerusi mereka, bukannya
PM. Itu adalah di majlis yang berasingan di sebelah pagi dalam acara berasingan
yang bukan melibatkan PM.
Pada majlis sebenar, ianya
dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kelihatan bersalaman
dengan Kaunselor Negara China, Wan Yong pada majlis pecah tanah projek ikonik
Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).
Dalam majlis perasmian ini,
ada bendera Malaysia dan ada pengerusi majlis yang berbahasa Malaysia dan
Mandarin pada seluruh majlis.
Ucapan PM terus diterjemahkan
ke bahasa Mandarin kepada semua delegasi China menerusi "headseats"
dipakai oleh mereka.
Turut hadir di majlis itu
adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Kelantan Datuk
Ahmad Yaakob.
Senang kita membuat tuduhan
dan bermain sentimen, namun kita harus tanya kembali orang yang lemparkan
tuduhan itu benar benar berada dalam majlis atau tidak? Atau hanya membuat
analisa hanya di papan kekunci sahaja.
Usahlah mensabotaj
pelaburan besar dan baik untuk rakyat Pantai
Timur ini. Bila siap kelak, ramai yang dapat manfaatnya sama seperti yang
sedang warga kota rasai sekarang menerusi MRT pada hari ini.
Sumber KLIK DISINI
DIANTARA KOMEN2 DARI
PEMERHATI:
Syahm Abd
Manaf: Malu juga bila admin yg
menulis tu ialah chif gua. Itu ialah personal view beliau. Tiada kaitan dgn yg
lain2..
Zahari
Zainan: pembangkang kerjanya tipu..
gambar tempat lain di photoshop kann supaya nampak mcm di Malaysia
Mohd Khairul Mat Saad ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa
Siti Saleha: Benda2 busuk fitnah ni
memang makanan mereka..setaraf apa mereka..tahulah sendiri. Hati mereka pasti
tidak pernah kenal apa itu ketenangan, moga solat mereka dan kita sempurna,
baru hati & perbuatan kita baik.
Hussein
Ppn Bpp Jpn: Setiausaha PERKASA adalah
orang kuat MADEY dan jugak SU Kelab Che Det. Tidak menyebelahi suara AHLI
PERKASA keseluruhannya. Kita kena faham lah maksud yang tersurat dan tersirat.
Hassan Ahmad Perkasa lupa
nawaitunya Allah maha melihat dan maha mengetahui....