MANILA: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kejayaan menganjurkan Dialog
ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang
diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, hari ini.
Malaysia merupakan negara penganjur
dialog tersebut yang diadakan sempena 40 tahun perhubungan rantau ini dengan
negara itu dan juga ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib
(Tun Razak) atas kecemerlangan penganjuran majlis dialog ini dan saya sangat
menghargainya. Anda menyelaraskannya dengan baik dengan kami,” katanya dipetik Utusan Online.
Beliau berkata demikian dalam ucapan
alu-aluan sempena dialog tertutup tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Filipina di sini yang dipengerusikan oleh Presiden Filipina Rodrigo Dutarte.
Menurut Kementerian Luar, fokus dialog
tersebut antara lain akan membincangkan mengenai kejayaan hubungan 40 tahun
kedua-dua rantau, isu-isu berbangkit seperti pertikaian Laut China Selatan,
keganasan, ekonomi digital dan rancangan masa depan.
Sumber: KLIK DISINI