SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena,
Datuk Mahfuz Omar enggan meninggalkan Pas kerana ada 'mesej' yang ingin
disampaikan kepada ahli parti.
Mahfuz
ketika bercakap kepada Sinar Online mengaku beliau mahu membuktikan sesiapa
sahaja berhak mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza dalam parti.
"Saya
mahu kekal di sini. Saya tidak akan ke mana-mana termasuk Bersatu, PKR, atau
Amanah. Saya hanya mahu berada dalam Pas.
"Saya
mahu buktikan yang tidak salah jika kita mempunyai pandangan politik berbeza
daripada parti. Kita tidak perlu keluar parti dan boleh terus bebas menyuarakan
pandangan kita," katanya.
Beliau dalam
masa sama menafikan kecenderungannya dalam menyokong lawan kepada partinya,
iaitu Amanah.
Menurut
Mahfuz, sokongannya
hanya diberikan kepada Pakatan Harapan (Harapan) yang
diyakini mempunyai potensi untuk menyaingi BN pada PRU akan datang.
"Hanya Harapan sahaja yang mampu mengubah corak arena
politik negara. Kita tidak boleh mengharapkan Pas yang hanya
mensasarkan 44 kerusi pada PRU nanti.
"Sekiranya
menang 44 kerusi sekalipun, mereka tidak boleh menjadi pemerintah negara.
Itupun jika dapatlah (44 kerusi), bahkan saya rasa Pas hanya mampu menang
sebilangan kecil sahaja kerusi sekiranya mereka masih teruskan rajuk mereka
dengan Harapan," katanya lagi.
Mahfuz sejak
kebelakangan ini sering tampil lantang menyuarakan sokongannya terhadap
Harapan.
Tindakannya
itu jelas bertentangan dengan pendirian Pas yang enggan mempunyai sebarang
hubungan politik dengan Harapan.
Mahfuz juga
sering dilihat hadir pada majlis dan program anjuran Amanah, Bersatu, PKR
dan Pakatan.
Sumber: KLIK DISINI