Mahathir melihat sesuatu perkara
“single-mindedly” dan secara mutlak sementara Najib melihat sesuatu perkara
dari segi relatif.
Segala-galanya dalam hidup adalah relatif, termasuk dalam persoalan akhlak.
Mahathir menggunakan kaedah ZERO-SUM GAME. Ia adalah menang semua atau tidak
dapat apa-apa. Yang menang mengambil semua; yang kalah kehilangan semua.
Dalam permainan ini, ia adalah HIDUP
ATAU MATI dan anda memulakan misi kamikaze untuk
membunuh musuh anda atau anda yang mati dalam pertarungan tersebut. Dalam jenis
permainan ini anda perlu kekerasan bukannya strategi dan pada masa tertentu
anda akan beroperasi seperti “LIKE A BULL IN A CHINA-SHOP”.
Sesetengah pihak menyanjung Mahathir
sebagai ahli politik strategi yang hebat. Mereka mengatakan setakat ini
Mahathir telah memenangi setiap pertempuran politik di dalam dan di luar,
beliau adalah seorang yang hebat.
Tetapi jika anda melakukan bedah siasat
yang betul itu dan tidak berat sebelah mengenai kemenangan dan pencapaian
Mahathir, anda akan melihat bahawa pergerakan beliau tidak pernah ditapis dan
adalah berdasarkan strategi “bulldozer”.
Jadi apa yang begitu hebat tentang perkara itu?
Jadi apa yang begitu hebat tentang perkara itu?
Terdapat cakap-cakap bahawa Najib
adalah pelajar terbaik Mahathir dan Najib hebat kerana dia belajar daripada
yang terbaik, iaitu Mahathir.
Ini memberi Mahathir terlalu banyak kredit.
Ini memberi Mahathir terlalu banyak kredit.
Sebenarnya Najib tidak pernah belajar di
bawah Mahathir. Najib mengkaji Mahathir. Terdapat perbezaan
diantara kedua duanya. Jika anda seorang pelajar Sun Tzu anda akan tahu dengan
tepat apa yang Najib lakukan.
Atas sebab itulah jika rakan rakan fb
masih ingat bahawa sejak awal serangan Mahathir keatas Najib, penulis dengan
yakin dan konsisten mengatakan bahawa Najib akan memenangi permainan ini dengan
kemenangan mutlak. (Menang semua), Waktu itu dimedia sosial tidak ramai
membela Najib. Penulis adalah kumpulan pertama, ramai yang mengambil sikap
tunggu dan lihat.Manakala sebahagian besarnya menyokong Mahathir..
Tidak sukar untuk ‘membaca’ Mahathir
kerana dia seperti “open book”. Apabila anda bermain permainan zero-sum maka tiada nilai-nilai moral. Anda
tidak dipandu oleh sebarang kompas moral. Apa-apa pun boleh.
Matlamat menghalalkan cara. Anda mesti
menang dengan apa cara sekali pun sama ada dengan cara yang adil atau pun
tidak. Menang, tanpa mengambil kira cara bagaimana memenanginya.
Pendek kata, anda akan membuat
perjanjian dengan "syaitan dan menjual jiwa anda" jika itu diperlukan
untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
Itulah sebabnya Mahathir tidak merasa
pelik apabila dia memeluk musuh-musuh beliau seperti Lim Kit Siang, Anwar
Ibrahim, atau George Soros, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menang.
Mahathir boleh mengutuk Amerika
Syarikat dan memanggil mereka kaki tangan Yahudi kemudian pada hari seterusnya
menganggap mereka sebagai rakan kongsi dalam usaha untuk menggulingkan Najib.
Anda perlu benar-benar berkulit tebal
atau "muka tebal" dan tidak tahu malu atau tidak ada maruah untuk
bermain jenis politik yang Mahathir mainkan.
Ini bukanlah tanda seorang lelaki yang
hebat atau pakar strategi politik yang hebat. Ini adalah tanda seorang yang
desperado politik tanpa etika.
Najib tahu dengan baik ciri-ciri
Mahathir ini, dan jika anda tahu bagaimana untuk memanipulasikannya maka anda boleh
mengeksploitasi kelemahan ini untuk keuntungan anda.
Kita perlu belajar apa yang Mahathir
maksudkan dan tidak apa yang dikatakan. Mahathir akan mengatakan satu perkara, tetapi bermaksud sebaliknya.Mahathir tahu bagaimana untuk menenun fakta dan fiksyen dan renda pembohongan
dengan kebenaran.
Mahathir boleh bersajak sambil menangis MELAYU MUDAH LUPA, Melayu Mudah lupa, kerana
Anwar berpakat dengan DAP. Kini Mahathir menyembah Lim Kit Siang, Sebaik sahaja anda tahu bagaimana untuk
memisahkan gandum dari sekam, anda akan dapat tahu niat sebenar Mahathir dan
dalam kes ini ia adalah untuk menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana
Menteri.
Bila anda tahu matlamat tersirat
Mahathir, yang bertentangan dengan matlamat tersurat beliau, anda akan tahu
cara untuk menggagalkan setiap langkah beliau sebelum dia memulakannya.
Sejak dua tahun lepas Najib telah
berada di hadapan dalam permainan tersebut. Setiap langkah yang dibuat Mahathir
sentiasa akan gagal. Berkali kali "Chek Mate" diulang ulang".
Najib masih boleh senyum. Najib tidak terluka sedikit pun.
Dengan risiko yang berbunyi
seperti “broken record”, perlu diulangi apa yang telah dikatakan sejak lebih 30
bulan lalu sejak awal tahun 2015.
Pada masa itu beberapa pihak menepisnya sebagai spekulasi semata-mata. Tetapi kini apakah yang dipanggil spekulasi, semuanya jelas, tidak abstrak seperti karyawan agong dan tidak perlukan huraian apa apa.
Pada masa itu beberapa pihak menepisnya sebagai spekulasi semata-mata. Tetapi kini apakah yang dipanggil spekulasi, semuanya jelas, tidak abstrak seperti karyawan agong dan tidak perlukan huraian apa apa.
Sumber: ROZMI
MOKHTAR