“Buat Apa Bubuh Bawah Bantal, KWSP Perlu Banyak Melabur Di Luar Negara,”
Kata Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata dasar membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
meneroka pelaburan di luar negara telah lama wujud sejak beliau memimpin
kerajaan lagi.
Katanya, apabila membuat pelaburan di
luar negara ia akan membolehkan KWSP menambah pendapatan dan para pencarumnya
pula mendapat pulangan dividen yang tinggi.
Baca Juga: Hasil Lawatan Ke Amerika
Syarikat
Baca Juga: Dakwaan Pelaburan KWSP
Hanya Untungkan Amerika Syarikat Tidak Benar
“Kalau disimpan di sini umpamanya
dalam Bank Negara Malaysia, kalau wang itu tidak digunakan, bank tersebut sudah
tentu tidak dapat membayar faedah ke atas simpanan tetap itu.
“Jadi dengan wang yang begitu banyak, saya fikir
KWSP harus melabur ke luar negara untuk menambahkan pendapatannya,” katanya
dipetik dari kenyataan kepada Utusan Malaysia bertarikh 26 April 2005.
Kenyataan beliau itu kini viral
di media sosial susulan kritikan pemimpin dan penyokong pembangkang yang
mempertikaikan langkah KWSP menambah pelaburan di Amerika Syarikat.
“Saya setuju
(labur luar negara) sebab ia adalah dasar lama, dulu pun kerajaan memberikan
kebenaran,” katanya.
Menurut
beliau, KWSP tidak akan mendapat pulangan tinggi sekiranya dengan wang yang
begitu banyak tidak dilaburkan sedangkan para pencarum menyimpan dalam KWSP
untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen setiap tahun.
Baca Juga: Apa Yang Salah PM
Tonjolkan Malaysia Juga Telah Melabur & Membeli Daripada Amerika Syarikat?
Baca Juga: Ini Yang Dimaksudkan
Najib Tentang Khazanah Melabur Di Amerika Ketika Bertemu Trump
“Hendak buat apa kalau bubuh
bawah bantal, kita tidak boleh bayar faedah, jadi kenalah labur,” ujarnya.
Ujarnya
lagi, kepelbagaian pelaburan KWSP di dalam dan di luar adalah penting kerana ia
boleh memecahkan risiko sekiranya negara menghadapi masalah kemerosotan
ekonomi.
“Kalau
kemerosotan dalam negara, yang luar boleh membantu dan begitu juga jika di luar
merosot yang dalam boleh membantu,” katanya dipetik dari kenyataan tersebut.
Sumber: KLIK DISINI