PPBM terus dilanda kemelut apabila Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa hari ini.
Setiausaha
Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam satu kenyataan berkata, Majlis
Pimpinan Tertinggi MPT (MPT) parti bersetuju menerima keputusan berkenaan.
“PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan selama ini,”
katanya dalam satu kenyataan.
Baca Juga: Anina Saadudin Keluar PPBM
Ini adalah pengumuman keluar parti ke-2
buat PPBM hari ini, selepas seorang daripada 7 pengasas PPBM, Anina Saadudin turut berbuat demikian
petang tadi.
Anina keluar parti kerana terlalu kecewa dengan pucuk pimpinan PPBM
yang didakwa menggunakan cara “kejam” memecat beliau daripada jawatan ketua
Wanita PPBM.
Ia disusuli dengan tindakan
menyingkirkan beliau sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan
“menendangnya” daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM,
selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu,
minggu lalu.
Baca Juga: “Tanya Balik Diri Sendiri, Siapa Amalkan Kronisme
Sebenarnya,” Bekas Pengasas PPBM Soal Mahathir
Khamis lalu, Hamidah menggesa semua
pihak berhenti mengaitkan dirinya dengan kenyataan bersifat perkauman yang
dibuat adiknya kerana ia boleh menjatuhkan kredibilitinya.
Beliau berkata, peringatan supaya
penyokong pembangkang tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang
Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, ialah pandangan peribadi
Hamizura.
“Hamizura ahli biasa, memang dia adik
saya, pandangan dia tidak perlu dikaitkan dengan saya. Jika Hamizura lakukan
kesilapan, kesalahan itu dituding kepadanya sahaja.
“Apabila
mereka mengaitkan tindakan Hamizura dengan saya, sedangkan saya tidak nyatakan
apa-apa, maka tindakan itu menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya kepada FMT hari ini.
Sumber:
KLIK DISINI