■ Pada
12 Jun 2000, Tun Mahathir masih Perdana Menteri, namanya
disebut dalam keterangan bersumpah bekas Ketua Pengarah BPR berhubung salahlaku
rasuah dan penyelewengan kuasa.
■ Di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, Isnin 12 Jun 2000 dalam kes perbicaraan DSAI, bekas Ketua Pengarah BPR
Dato Shafie Yahya telah memberitahu bahawa Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir telah mengarahkannya supaya menghentikan penyiasatan ke atas
bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), TS Ali Abul Hassan
Sulaiman.
■ Apa masalah TS Ali Abul
Hassan Sulaiman?. Beliau adalah bekas Gabenor Bank Negara sebelum Dr Zeti
Akhtar Aziz ambil alih. TS Ali Abul Hassan telah dilantik sebagai Gabenor Bank
Negara selepas Ahmad Mohamad Dom meletak jawatan beberapa hari sebelum DSAI
dipecat dari Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
■ Tun Mahathir yang kononnya
kuat melawan rasuah 'politik wang' dalam
UMNO telah melantik TS Ali Abul Hassan sebagai Gabenor BNM yang disyakki oleh
BPR melakukan rasuah.
■ Di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, bekas KP BPR memberitahu mahkamah di bawah sumpah: Apabila pegawai2 BPR
serbu pejabat Ali Abul Hassan Sulaiman di EPU, didapati sejumlah wang tunai
dijumpai berada dalam laci Ketua Pengarah EPU.
■ Kenapa BPR serbu pejabat Ali
Abul Hassan Sulaiman?. Sebab BPR terima aduan bahawa Ali Abul Hassan Sulaiman
terbabit dengan rasuah.
■ Apabila serbuan dibuat,
betul rupanya. Ada banyak duit tunai dalam laci. Dari mana duit itu datang?.
Persoalan ini telah ditegah oleh Tun Mahathir dari dibongkar.
■ Sepatutnya Tun Mahathir
konon2nya hendak bersihkan politik wang dalam UMNO, mesti ucap tahniah kepada
Dato Shafie Yahya kerana dia telah arahkan pegawai BPR menyerbu pejabat Ketua
Pengarah EPU. Malangnya Tun Mahathir memarahi Dato Shafie
Yahya.
■ Dato Shafie Yahya telah
memberitahu mahkamah bahawa menerusi telefon Tun Mahathir berkata kepadanya: “Berani kamu serbu pejabat pegawai
tinggi saya?".
■ Dalam bulan Jun 1988, Dato'
Shafie Yahya dipanggil ke pejabat Perdana Menteri sebanyak 2 kali berhubung kes
rasuah TS Ali Abu Hassan Sulaiman;
1. Beliau dimarahi dan diarah supaya hentikan penyiasatan terhadap kes ini.
2. Beliau diminta supaya menyerahkan fail kes dan serahkan kes ini kepada
Perdana Menteri untuk diselesaikan.
■ Mengapa Perdana Menteri mahu
selesaikan kes ini sendiri?. Kerana kes ini melibatkan syarikat anak beliau
Dato Mokhzani Mahathir.
■ TS Ali Abu Hassan Sulaiman
telah menerima duit dari sebuah konsortium syarikat insuran untuk meluluskan
cadangan sebuah skim insuran kesihatan bernama National Health Insurance Scheme
di mana Dato Mokhzani menjadi Pengerusinya. Duit ini diberi melalui seseorang
bernama Rashid Manaf (kroni Daim).
■ Bagaimana Dr. Mahathir
menyelesaikan kes ini? Duit RM100,000 dikembalikan semula kepada TS Ali Abu
Hassan serta telah dinaikkan pangkat sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.
Dato' Shafie Yahya pula telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengarah BPR dan
fail siasatan dimusnahkan.
■ Pada 13 Jun 2000, satu
laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Stadium (No. 14752/2000) yang
menggesa BPR dan pihak polis agar memulakan siasatan terhadap kes ini. Kes
perlakuan buruk Tun Mahathir terhadap kedaulatan undang2. BPR dan Polis adalah
badan yang diamanahkan untuk memikul undang2 dan melaksanakannya tanpa pilih
kasih.
Tulisan
Rozmi Mokhtar
Rozmi Mokhtar