Kata
balaci nombor wahid Mahathir, Kadir Jasin, perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah
sebagai Menteri Besar Kedah membuktikan bahawa pendidikan sudah tidak lagi
penting.
Niat
Kadir tidak ada lain melainkan untuk menyemarakkan sentimen kebencian terhadap
Ahmad Bashah yang tidak berpendidikan tinggi.
Tanpa
sedar, tua kutuk ini mungkin terlupa bahawa pendidikan memang sudah lama jadi
tidak penting dalam politik, iaitu sejak zaman Mahathir masih Perdana Menteri
lagi.
Sebagai
permulaan, Ahmad Bashah itu sendiri mula menjadi ADUN pada tahun 1995, iaitu
pada zaman Mahathir masih Perdana Menteri. Mahathir juga pernah melantik Syed
Razak sebagai Menteri Besar Kedah walaupun Syed Razak hanya ada SPM.
Kalau
jawatan Menteri Besar itu rendah, jangan dilupakan bahawa arwah Tun Ghaffar
Baba yang pernah jadi Timbalan Perdana Menteri lantikan Mahathir, juga tidak
berpendidikan tinggi, hanya ada sijil perguruan - kelayakan minimum jadi cikgu.
Pendek
kata, kenapa Mahathir boleh (lantik orang tidak berpendidikan tinggi) tapi
Najib tidak boleh?
Rumusannya,
jangan kita menghina orang lain, cerdik cerdik Kadir Jasin pun, Berita
Publishing boleh lingkup juga - ingat macam itu cukup.
Sumber: Balqis Sheikh