Dah tak ada tempat lain untuk mu "NUAR" !!!
BANGKOK: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah membatalkan
kehadirannya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di sini minggu ini atas
nasihat peguamnya.
Anwar tidak akan ke Bangkok minggu ini,
oleh itu acara pada 3 Disember dibatalkan, umum FCCT pada Isnin.
Kelab itu menyatakan pasukan peguam
Anwar menasihati beliau bahawa memandangkan kedudukan kes perundangan
terhadapnya sekarang, beliau tidak wajar melawat ke luar negara dalam masa
terdekat ini.
Anwar sepatutnya hadir di FCCT pada Rabu
ini (3 Disember).
Dalam notis awal kepada para anggotanya,
FCCT berkata Anwar "akan menyampaikan ceramah mengenai usahanya mendepani
kes-kes mahkamah yang nampaknya berlarutan
terhadapnya".