BR1M: Beri Atau Tidak Atau Masih Releven Atau Boleh Bertahan Sehingga PRU
14 Atau Boleh Menambat Hati Remaja/Pemuda ???
Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang akan menolak pemberian
percuma. Lagi-lagilah jika wang percuma. Sesiapa yang
berbuat demikian mungkin sudah terlalu kaya ataupun kurang siuman.
Tidak ada juga kerajaan di dunia ini yang mahu dilabel
sebagai kurang siuman kerana tidak memberikan apa-apa ‘bentuk pemberian’ kepada
rakyatnya.
Sebagaimana subsidi-subsidi yang lain, BR1M juga
mempunyai baik buruknya.
RM4.5 bilion setahun adalah jumlah yang banyak. Tidak lama
lagi, jumlah ini akan menjadi RM9 bilion setahun. Jika
penjimatan daripada program rasionalisasi subsidi lebih rendah daripada angka
pemberian BR1M, kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada usaha untuk mengurangkan
kadar defisit negara.
'Malangnya BR1M tidak benar-benar membantu dari segi undi
semasa pilihan raya. Mungkin ia agak berkesan di kawasan-kawasan tertentu
tetapi secara keseluruhannya BR1M tidak membantu parti
pemerintah.
Wang BR1M hanya boleh membawa kesan gandaan optimum apabila
kurangnya pelaburan sektor swasta ke dalam ekonomi negara.
Sebagaimana subsidi yang lain, BR1M lambat laun akan menjadi seperti
candu yang mana akan menyebabkan ketagihan rakyat. Dan kita
semua tahu apabila sudah ketagih, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk menarik balik ‘candu’ ini.
Memberi itu mudah tetapi untuk mengambil kembali adalah ibarat membunuh
diri.
Sesungguhnya kita tidak perlu mendabik dada dengan
mengatakan lebih tujuh juta rakyat kita adalah penerima BR1M.
Bukankah dengan berkata begitu bermakna tujuh juta rakyat
Malaysia sebenarnya tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi sehingga
menyebabkan mereka perlu menerima wang BR1M?
Nukilan dari: Mat Rodi atau Radzi Tajuddin penulis
bebas pengajian
di peringkat ijazah sarjana di Manchester School of Architecture.