KESIAN ANWAR IBRAHIM - biarlah dia bercakap puas2...
Anwar Ibrahim menyelar tindakan Putrajaya kerana tidak mendakwa
Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar Bible berbahasa Melayu di Pulau
Pinang menggunakan alasan presiden Perkasa itu hanya mempertahankan kesucian
agama Islam.
Menurut ketua pembangkang, ajaran Islam tidak membenarkan
perbuatan mengancam dan menindas agama lain.
"Saya fikir ini menunjukkan pihak berkuasa tidak
bertanggungjawab dalam hal ini," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu
ketika ditemui pemberita di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
"Itu pendapat Umno atau menteri. Ia tidak pernah
ditoleransikan. Pemahaman saya mengenai Islam adalah anda perlu hormati
kepercayaan dan teks agama," kata Anwar mengulas jawapan Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri kepada soalan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan
Eng dua hari lalu. – 9 Oktober, 2014.