Kenyanyukan Mahathir bertambah parah bila dia mendakwa Anwar menyokong gerakan yang
diketuainya untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana
Menteri.
Maka itulah, sekalipun Anwar
ini tidak bermoral dan tak layak jadi Perdana Menteri kata Mahathir, dia
masih memerlukan sokongan dari Anwar.
Kenyataan
ini dikeluarkan Mahathir ketika ditemuramah oleh media berita Australia
beberapa hari yang lepas.
Sedap bunyi
cakap Mahathir tu - kalaulah ada orang tolong maklum kepada dia bahawa Anwar
sudah tidak sokong deklarasi rakyat Mahathir yang disifatkannya hanya menumpu
kepada menukar individu bukan organisasi.
Dalam
erti kata lain, Anwar tak mahu setakat tukar Najib (individu) sebagai Perdana
Menteri tapi mahu tukar BN (organisasi) sebagai kerajaan. Maksudnya Anwar tak setuju dengan
Mahathirlah
tu sebab
Mahathir hanya mahu tukar individu (Najib), kerajaan masih BN.
Hujung
Mac lagi Anwar dah cakap, sekarang dah nak pertengahan April dan Mahathir masih
ingat Anwar sokong dia. Siapalah penasihat orang tua ni, tak maklum
perkembangan terkini ke?
Anwar,
kalau ikut rekod mahkamah, adalah peliwat dan penjenayah, tapi dia bukan bodoh.
Dia pun tahu Mahathir hanya mempergunakannya untuk mendapatkan sokongan.
Sumber: Balqis Sheikh