Translate

13/04/2016

MAHATHIR GILA TALAK DAN MEROYAN ???

Sebaik Umno diharamkan kerana ada mesyuarat tahunan cawangan dan bahagian yang tidak sah, Mahathir bertindak mendaftarkan semula parti itu atas nama Umno Baru. Tunku dan Hussein Onn tidak bersetuju dan enggan mendaftarkan diri sebagai ahli parti baru itu.

Bagaimanapun bak hukum karma, Mahathir mendapati penggantinya, Tun Abdullah Badawi tidak mematuhi wawasannya (Mahathir) dan menyeru rakyat berontak menurunkan Pak Lah.

Apabila percubaan menjatuhkan Pak Llah kurang berkesan, Mahathir merajuk dan keluar Umno bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Ali. Ketika itu Mahathir tentu dapat merasakan betapa kecewanya Tunku dan Hussein Onn apabila Mahathir tidak mengikut kompas politik yang telah mereka tentukan. 


Apabila rajuknya berjaya, Mahathir pulang ke pangkuan Umno. Beliau kemudian diberikan penghormatan setinggi-tingginya termasuk menjadi penasihat projek kesayangannya, perusahaan Proton.

Namun kemudian Mahathir merajuk lagi. Orang yang beliau sendiri syorkan supaya menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didapati tidak serasi dan sehaluan dengan firasat dan pemikiran politiknya. 

Mahathir meninggalkan Umno sekali lagi. Ini bermakna tiga kali beliau keluar Umno. Pertama kali dipecat oleh Tunku Abdul Rahman dan dua kali merajuk dan meninggalkan Umno.
Kini Mahathir keluar Umno lagi dan mempamerkan dendam kesumat amat tinggi terhadap Najib. Anehnya kali ini beliau mendambakan diri kepada musuh-musuh politik lamanya seperti DAP dan PKR khusus untuk menjatuhkan Najib

Jika mengikut tradisi pemikiran feudal bekas pemimpin-pemimpin Umno, mereka tidak mahu berubah dan mengubah pemikiran politik mereka walaupun keadaan politik semasa menuntut supaya parti itu berubah. 

Kali ini, secara terbuka ahli-ahli Umno melafazkan pendirian mereka tidak mahu Mahathir pulang semula pada parti itu. Ini kerana tindak tanduknya kini bukan sahaja mahu menjatuhkan Najib malah mahu memusnahkan Umno itu sendiri. 

Dalam keadaan ini Umno terpaksa menyesuaikan diri dengan realiti bahawa ia tidak boleh mengizinkan perjuangannya dibuai oleh pemimpin silam. Justeru tidaklah begitu tepat untuk mengatakan bahawa Umno menganuti faham feudal. 

Ini kerana yang sudah terbukti lebih bersikap feudal ialah pemimpin atasan Umno berbanding dengan ahli dan pemimpin pertengahan parti itu.

Apabila dirasuk feudalisme, walaupun sudah terpinggir atau meminggirkan diri daripada Umno kerana dosa politik yang dilakukan, feudalis ini akan bertindak seperti orang gila talak dan meroyan mahu kembali memimpin Umno. 

Coretan penulis  Abdul Rahman Malik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...