Translate

11/04/2016

APA DAH JADI DENGAN DATUK SERI SHUKRI ABDUL MASIH LAGI MELINDUNGI ANAK BUAHNYA

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa penahanan seorang pegawai suruhanjaya itu baru-baru ini ada kaitan dengan siasatan kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pegawai lelaki berusia lewat 30-an itu ditahan selepas disyaki meminta rasuah sebanyak RM20,000 sebagai wang perlindungan daripada seorang pegawai polis yang disiasat SPRM.

“Justeru, ingin saya jelaskan bahawa tuduhan beliau ditangkap kerana kononnya cuba menghapus bukti kes melibatkan siasatan Guan Eng adalah tidak benar.


“Pegawai yang bertugas di SPRM Putrajaya itu ditahan sendiri oleh SPRM dalam satu kes perangkap di Bangi, Selangor,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau mengulas dakwaan dalam satu laman blog bahawa SPRM cuba menghapus bukti berkaitan kes siasatan pembelian banglo oleh Lim di bawah harga pasaran dengan menahan seorang pegawainya yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama wang RM50,000 di Putrajaya.

Selain dakwaan kononnya cuba menghapuskan fail kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu, blog itu turut mendakwa sumber dalaman SPRM memaklumkan penangkapan pegawai itu juga ada kaitan dengan kes penyelewengan dana kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan bernilai lebih RM100 juta.

Mengulas lanjut, Azam berkata dakwaan berhubung jumlah wang dan lokasi tangkapan jelas berbeza daripada fakta sebenar iaitu pegawai tersebut sebenarnya ditahan pada tengah hari 7 April lepas di Bangi, dan penemuan wang sebanyak RM20,000 daripada suspek.

Katanya kertas siasatan bagi pertuduhan sudah siap dan pegawai tersebut dijangka didakwa esok sama ada di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atau Shah Alam, Selangor. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...