WAWANCARA | Pakatan Harapan
mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir Mohamad dalam pembangkang walaupun dengan
sejarah panjang perseteruan antara pemimpin mereka dengan bekas perdana menteri
itu, yang didakwa MENTADBIR SECARA KUKU BESI, menekan para penentang dan melemahkan institusi negara.
Mahathir
bagaimanapun tidak pernah secara langsung
mengaku pelbagai tuduhan terhadapnya dan seringkali
mengalihkan kesalahan misalnya kepada polis untuk Operasi Lalang 1987 yang
menyaksikan sejumlah pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan bawah ISA.
Begitu
juga dengan penahanan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali
pertama kira-kira dua dekad lalu.
Dalam
wawancara bersama Malaysiakini semalam,
Mahathir tampak sedikit terganggu ketika ditanya soal ini dan seperti yang dijangka
kekal tidak apologetik.
Beliau
berkata ANWAR SENDIRI TIDAK MEMINTA PERMOHONAN MAAF
daripadanya, maka tiada sebab untuk sesetengah pemimpin masyarakat sivil terus
membangkitkannya.
"Keluarganya
tidak minta saya (untuk minta maaf). MEREKA NAK LIHAT SAYA MELUTUT...(DAN) MALUKAN
SAYA. Itu yang mereka mahu. Tetapi mereka orang luar,
bukan keluarga (Anwar)," katanya dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan
Perdana, Putrajaya.
Ketika
Malaysiakini membangkitkan permohonan maaf itu bukan atas apa yang terjadi terhadap
Anwar sahaja tetapi insiden lain sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Mahathir
berkata: "Tetapi mereka ini bukan ahli politik, tetapi NGO."
"Sebab
mereka menjadi NGO adalah agar mereka boleh kritikal terhadap semua perkara.
Sertai parti politik dan anda akan tahu ada kekangan tertentu," katanya
lagi.
Mutakhir
ini beliau ada membuat permohonan maaf - antaranya berhubung penggunaan
istilah keling dan kenyataannya bahawa
mereka yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai "mati
katak".