100 Hari: Cabaran Besar PM Najib Untuk Kekalkan Perpaduan Kaum
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Genap 100 hari selepas Datuk Seri Najib Tun
Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri hari ini, menangani cabaran
pendamaian dilihat terus menjadi komitmen beliau dalam usaha mengekalkan
kestabilan negara.
Beberapa pihak turut berpendapat ia cabaran terbesar perdana menteri
ekoran perpecahan masyarakat yang dilihat ketara selepas keputusan pilihan raya
umum ke-13 (PRU13).
Penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling berkata usaha pertautan dan
kesepaduan masyarakat adalah tugas utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN)
terus diberi mandat mentadbir negara selepas pilihan raya umum ke-14 pula.
"Cabaran paling utama, bagaimana untuk menautkan kembali anggota
warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.
"Itulah cabaran pilihan raya ke-14 nanti untuk melihat sama ada
pengundi mengundi sebagai orang Malaysia seluruhnya atau terus mengundi
mengikut kaum masing-masing," katanya kepada Bernama.
Dari segi pembangunan, beliau berkata, apa yang penting adalah rakyat dapat melihat kerajaan melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dirancang kerana perancangan pembangunan dirangka sejak sebelum pilihan raya lagi.
Dari segi pembangunan, beliau berkata, apa yang penting adalah rakyat dapat melihat kerajaan melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dirancang kerana perancangan pembangunan dirangka sejak sebelum pilihan raya lagi.
Turut menyuarakan pendapat yang sama ialah aktivis sosial Tan Sri Lee
Lam Thye, yang mahu melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia, terus
diperkukuh.