Translate

13/07/2014

MANA APMM, MANA TLDM ???



Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman  mengarahkan polis menjalankan siasatan daripada semua sudut mengenai insiden serang hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota polis marin.

"Saya diberi taklimat. Semua motif sedang disiasat termasuk kemungkinan membalas dendam susulan langkah mengetatkan penguatkuasaan di perairan Sabah. Pihak berkuasa berkenaan mesti menyiasat daripada semua aspek bagi menangani insiden itu.

"Kumpulan itu semakin berani dalam tindakan mereka," kata beliau dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Musa berkata lebih banyak yang perlu dilakukan dalam konteks meningkatkan risikan dan penyelarasan dengan rakan sejawatan di Filipina.


Beliau berkata kerjasama dan penyelarasan penuh antara pihak polis, pengawal pantai marin dan angkatan tentera juga perlu dilakukan.
"Saya juga ingin memberi jaminan bahawa kerajaan negeri Sabah akan memberi semua bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa dalam keadaan yang sukar ini," kata beliau.

Kira-kira 11.10 malam tadi, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakian Aleip, 26. – Bernama, 13 Julai, 2014.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...