DATUK IBRAHIM ALI TUKAR NAMA BARU “SAMYIM”
Presiden Pertubuhan Pribumi
Perkasa (Perkasa) Datuk
Ibrahim Ali mengatakan menjadi harapannya pada satu hari nanti dapat
“berdating” dengan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan untuk
saling bertukar pendapat demi mencapai integrasi nasional.
Selain
itu, Ibrahim juga bersetuju namanya ditukar kepada "Samyhim" bagi
membolehkan Perkasa yang dikepalainya itu menganggotai kumpulan baru Negara-Ku.
"Mana
dia demokrasi dan hak asasi telus yang diperjuangkan oleh Ambiga? Saya harap
satu hari nanti,saya dapat 'dating' dengan Ambiga," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
"Saya
bersetuju menukar nama saya kepada Samyhim untuk menenuhi syarat Perkasa
diterima kumpulan Negara-Ku yang dinaungi Ambiga. Perkasa ada hak untuk
didengar kerana Perkasa pertubuhan halal.
"Nama
saya Samyhim dan Ambiga saya beri nama Aminah. Ia sebagai proses integrasi
nasional. Ia juga untuk menjaga kredibiliti Ambiga supaya tidak dicap pilih
kasih bila bersyarat dengan Perkasa," katanya.
Sebuah
gerakan rakyat baru yang dinamakan "Negara-Ku" dilancarkan pada
Khamis bertujuan memulihkan Malaysia serta mengembalikan harapan ketika cabaran
masa kini menjejaskan keamanan antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara
ini.
Digelar
sebagai "gerakan rakyat menuntut tanah air," ia diketuai dua individu
terkenal sebagai penaung, iaitu Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad
Said.
Negara-Ku
disokong oleh 68 kumpulan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan.
Ambiga
berkata, pergerakan itu bertujuan memberi rakyat maklumat betul untuk memenuhi
cabaran yang dihadapi masyarakat Malaysia.
Katanya,
ia akan dilakukan menggunakan video, media sosial dan forum serta ceramah untuk
memastikan orang ramai mendengar, menyoal dan berfikir.