KENAPA JABATAN PERIKANAN TRG BOLEH TANGKAP, TAPI APMM TIDAK BERJAYA MENANGKAPNYA ????????
KUALA TERENGGANU
- Jabatan Perikanan Terengganu menahan enam bot pukat tunda bersama 36
awak-awak warga Thailand, termasuk seorang tekong warga tempatan dalam satu
operasi berhampiran Pulau Kapas, Marang, malam kelmarin.
Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, awak-awak dan tekong yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah malam, kira-kira enam batu nautika dari perairan Pulau Kapas, Marang.

“Semasa serbuan
dijalankan, kesemua mereka ini sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di
kawasan pantai dan sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antaranya
cuba melarikan diri, namun gagal.
Abdul Khalil
berkata, siasatan awal mendapati keenam-enam bot itu didaftarkan di Pahang dan
telah melakukan kesalahan, iaitu menceroboh kawasan perairan serta menjalankan
aktiviti memukat ikan kurang dari 12 batu nautika dari pantai.
“Selain itu, mereka juga didapati telah melakukan kesalahan menjalankan aktiviti luar daripada waktu ditetapkan iaitu bagi bot Zon C, mereka hanya boleh beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja,” katanya.

Jelasnya lagi,
ada di antara bot yang ditahan itu memiliki rekod lampau sebelum ini atas
kesalahan sama, namun dilihat seolah-olah tidak pernah serik dengan terus
mengulangi kesalahan itu.
Antara kawasan
yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan nelayan itu menceroboh masuk adalah
di Marang; Merchang serta Pulau Kapas.
Kesemua nelayan
ditahan boleh didakwa mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) iaitu
melanggar syarat lesen memukat ikan kurang dari lima batu nautika dari pantai.
Jika sabit
kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM500 atau bot dan peralatan
menangkap ikan boleh disita.
Kesemua nelayan
yang ditahan direman selama 14 hari dan bot akan ditahan untuk siasatan lanjut manakala hasil
tangkapan mereka akan dilelong.
Sumber: sinarharian