Translate

25/09/2013

RASUAH, RASUAH, RASUAH INILAH YANG MEMBIMBANGKAN SEKARANG??

Saya Mahu Jadikan Rasuah Perkara Berlalu, Bukan malan Masa Depan Bagi Malaysia - Najib

SAN FRANCISCO, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau ingin menjadikan rasuah sebagai sebahagian daripada perkara yang sudah berlalu bagi Malaysia, bukan suatu amalan pada masa akan datang.

Berucap pada Syarahan Kelab Komanwel di sini Isnin, Najib berkata langkah itu bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan.

"Saya sudah mewujudkan peranan menteri tadbir urus dan integriti dalam Kabinet yang disandang bekas presiden Tranparency International cawangan Malaysia," katanya.

Najib berkata kerajaan pimpinan beliau menaikkan kedudukan agensi pencegahan rasuah Malaysia - yang setiap tahun perlu menghadap jawatankuasa khas parlimen mengenai rasuah, sebuah lembaga penasihat bebas dan sebuah jawatankuasa aduan - ke taraf sebuah suruhanjaya bebas pengaturan kendiri.

"Kami berharap suruhanjaya ini boleh menjadi contoh untuk negara lain yang sedang berusaha untuk membina keupayaan institusi bagi memerangi rasuah," katanya.

Bersambung: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...