Translate

28/05/2014

JAWAPAN TIDAK MASUK AKAL ???



*Sukar tangkap penyeludup di laut.
*maklumat yang kita terima daripada nelayan agak lambat.
*pihaknya sukar untuk menahan bot .
*tetap sukar untuk menahan kerana tempoh yang diambil .

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur menghadapi kesukaran untuk menahan bot yang terlibat dalam aktiviti pemindahan diesel kepada bot haram di laut.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur, Kapten Maritim Yusof Ali berkata, pemantauan di laut sukar kerana kebanyakan maklumat yang diterima khususnya daripada nelayan agak lewat.

“Biasanya kes tangkapan penyeludupan diesel yang berlaku di darat agak senang tetapi apabila kes di laut, kita mengalami sedikit masalah dari segi masa yang diambil untuk sampai ke bot atau kapal yang disyaki.

"Kadang-kadang maklumat yang kita terima daripada nelayan agak lambat dan apabila kita sampai di lokasi yang dimaklumkan, mereka dah hilang," katanya.


Kata Yusof, situasi itu menyebabkan pihaknya sukar untuk menahan bot terbabit dengan buktinya sekali bagi membawa kes ke mahkamah.

"Tetapi kita mengesyaki kebanyakan kesalahan ini dilakukan oleh bot nelayan asing,” katanya pada sidang media sempena Eksesais Mencari dan Menyelamat (Sarex) Wilayah Timur di APMM Kuala Terengganu, semalam.

Menurut Yusof, modus operandi pemindahan diesel yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ini dibuat pada waktu malam kerana suasana gelap bagi mengaburi peronda Maritim mengesan kegiatan haram mereka.

“Walaupun kita dapat mengesan mereka, tetap sukar untuk menahan kerana tempoh yang diambil untuk satu batu nautika memakan masa 10 hingga 15 minit.

"Oleh itu, apabila kita dekat dengan bot mereka, mereka sudah berpecah dan tiada bukti kukuh yang diperoleh daripada pemeriksaan," katanya.

Kemungkinan juga kata beliau, tempoh lama diambil untuk tiba memberi peluang untuk mereka yang terbabit dengan kegiatan haram itu menghapuskan segala bukti.

Bagaimanapun, kata Yusof, pihaknya sentiasa ambil langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dari masa ke masa.

Sementara itu, menurutnya, fokus utama penguatkuasaan maritim tertumpu kepada keselamatan bot nelayan tempatan dan pelanggaran peraturan bot besar di kawasan yang tidak sepatutnya termasuk menangkap ikan berhampiran kuari minyak.

Sumber:sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...