KUALA LUMPUR –
Polis menafikan KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG DAP LIM GUAN ENG BAHAWA PIHAK BERKUASA
ITU MEMBERI JAMINAN TIDAK ADA LAGI PEMIMPIN DAP YANG ADA KAITAN DENGAN KUMPULAN
PENGGANAS HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LTTE) AKAN DITAHAN.
Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin
Pitchay berkata beliau sendiri tidak pasti dari mana Lim
mendapat maklumat berkenaan,
namun menegaskan TIADA SEBAB PIHAKNYA MENGHENTIKAN SIASATAN sekiranya ada pemimpin DAP
dikaitkan dengan LTTE.
“Saya tidak
pasti dari mana dia dapat input (maklumat). Yang pastinya bukan dari saya. Saya
tidak pernah keluarkan kenyataan bahawa kita akan hentikan siasatan, tidak ada
sebab kita hentikan siasatan. Kenyataan itu bukan dari saya.
“KENAPA KITA PERLU HENTIKAN SIASATAN, ADAKAH KERANA DISEBABKAN PARTI DAP,
KITA PERLU HENTIKAN SIASATAN? TIDAK ADA. Kita akan terus menjalankan siasatan
kalau ada cukup asas dan bukti,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari
ini.
Khamis lalu,
Lim dilaporkan berkata polis memaklumkan bahawa tidak ada lagi pemimpin DAP
yang akan ditahan dalam operasi membanteras perkembangan gerakan LTTE di
Malaysia.
Kenyataan Lim
itu dibuat selepas polis menahan seorang EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA, G SAMINATHAN yang juga merupakan ADUN GADEK dan ADUN SEREMBAN JAYA
P GUNASEKARAN.
Ayob Khan
berkata, tangkapan dibuat polis bukanlah menjurus kepada segelintir pemimpin
dari parti politik tertentu, khususnya DAP, tetapi menegaskan tangkapan yang
dibuat adalah bersifat secara menyeluruh.
Rujukan: KLIK DISINI
Rujukan: KLIK DISINI