Translate

Memaparkan catatan dengan label Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Papar semua catatan

13/10/2019

LTTE: POLIS TAK BUAT KENYATAAN ITU, MANA GUAN ENG DAPAT MAKLUMAT? – DATUK AYOB KHAN

KUALA LUMPUR – Polis menafikan KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG DAP LIM GUAN ENG BAHAWA PIHAK BERKUASA ITU MEMBERI JAMINAN TIDAK ADA LAGI PEMIMPIN DAP YANG ADA KAITAN DENGAN KUMPULAN PENGGANAS HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LTTE) AKAN DITAHAN.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau sendiri tidak pasti dari mana Lim mendapat maklumat berkenaan, namun menegaskan TIADA SEBAB PIHAKNYA MENGHENTIKAN SIASATAN sekiranya ada pemimpin DAP dikaitkan dengan LTTE.

“Saya tidak pasti dari mana dia dapat input (maklumat). Yang pastinya bukan dari saya. Saya tidak pernah keluarkan kenyataan bahawa kita akan hentikan siasatan, tidak ada sebab kita hentikan siasatan. Kenyataan itu bukan dari saya.

“KENAPA KITA PERLU HENTIKAN SIASATAN, ADAKAH KERANA DISEBABKAN PARTI DAP, KITA PERLU HENTIKAN SIASATAN? TIDAK ADA. Kita akan terus menjalankan siasatan kalau ada cukup asas dan bukti,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Khamis lalu, Lim dilaporkan berkata polis memaklumkan bahawa tidak ada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan dalam operasi membanteras perkembangan gerakan LTTE di Malaysia.

Kenyataan Lim itu dibuat selepas polis menahan seorang EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA, G SAMINATHAN yang juga merupakan ADUN GADEK dan ADUN SEREMBAN JAYA P GUNASEKARAN.

Ayob Khan berkata, tangkapan dibuat polis bukanlah menjurus kepada segelintir pemimpin dari parti politik tertentu, khususnya DAP, tetapi menegaskan tangkapan yang dibuat adalah bersifat secara menyeluruh.

Rujukan: KLIK DISINI

28/07/2018

HIMPUNAN DESAK RAMASAMY LETAK JAWATAN !

27/05/2014

Pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) Cuba Menjadikan Malaysia Pengkalan



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan tiga warga asing disyaki anggota kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka ditangkap dalam satu operasi khas oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas.
Beliau berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...