Translate

01/03/2014

BOM JANGKA AKAN MELETUP DI SELANGOR - KHALID ???


Sekiranya didedahkan, akan memberi kesan kepada nilai saham berkaitan dengan aset-aset air.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin parti dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba untuk mempengaruhi terhadap penilaian aset air di negeri itu.
Beliau berkata, beberapa pemimpin parti telah memperkenalkannya kepada beberapa pihak yang cuba untuk membuat kes mereka mengenai mengapa penentuan harga aset air perlu lebih tinggi.
"Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama bahawa saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion.
"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka," katanya dalam temuramah bersama The Star pada Khamis.
Khalid juga menjelaskan mengapa mekanisme daripada perjanjian itu tidak dapat didedahkan kepada pihak dalaman mahupun di luar parti sebelum perjanjian itu ditandangani bersama Kerajaan Persekutuan pada Rabu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...