Khalid minta Anwar istiqamah SEMUGA PANJANG UMUR DAN PENDEK NAFAS ???
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim istiqamah dengan agenda reformasi.
Perkara itu disampaikan melalui laman sosial
Twitternya sempena hari jadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ke-67
tahun pada 10 Ogos.
“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat
DS @anwaribrahim. Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk
istiqamah dengan agenda reformasi” katanya.
Ucapan itu dibuat ketika kemelut politik Selangor
berada dalam keadaan tidak keruan selepas Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat
beliau sebagai ahli parti.
Tindakan yang berkuat kuasa dengan serta merta pada
Sabtu lalu dibuat selepas mengambil kira pelbagai dakwaan dan tuduhan ke atas Abdul
Khalid, termasuk keengganannya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor
bagi memberi laluan kepada isteri Anwar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kajang, Datin Seri Wan Azizah menggantikan kedudukannya.
Di laman yang sama Khalid turut mengucapkan terima
kasih kepada mereka yang terus menyokongnya.