DS HADI JANGAN LAYAN SANGAT PENGKHIANAT NI ??
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos (Bernama)
-- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan
mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.
Setiausaha Agung
PAS Pusat Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.
"Ok. Ya
saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah
hotel di Kuala Ibai di sini.
Pertemuan
berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor.
Bagaimanapun,
Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara
tergesa-gesa.
Parti Keadilan
Rakyat (PKR) telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan
beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada presiden
parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.
Abdul Khalid
sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah
telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.
“Menurut artikel
53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan
negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.
“Parti PAS sudah
nyatakan keempat-empat anggota Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.
“Oleh sebab itu,
saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam
sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri
(SUK).