Translate

27/12/2017

PKR KETANDUSAN WAKIL CALUN #PRU14???

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar A Samad hari ini sekali lagi menyelar pihak yang membuat FITNAH kononnya ada ADUN PAS Selangor yang mahu menyertai PKR.

Kata Iskandar, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak yang mempercayai akan fitnah berkenaan.

Sedangkan ujar beliau, ADUN yang didakwa itu adalah individu yang berdiri teguh di belakang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sayang, ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden.

"ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor).

"Walaupun tekanan dan PUJUKAN DITERIMA AMAT HEBAT sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, tersebar khabar angin bahawa terdapat 10 dari 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju parti tersebut terutama sekali dengan pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara faktor yang mendorong ADUN terbabit 'MELOMPAT KAPAL' itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan - dan berpotensi lebih besar untuk menang - dalam pilihan raya umum akan datang.


Namun perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Iskandar.

Sebaliknya Iskandar mendakwa, perkara itu adalah khabar angin yang 'sengaja dicipta' untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya.

Kata Iskandar, jika faktor jawatan didakwa menjadi punca ADUN PAS mahu keluar parti, krisis ketika Kajang Move itu lebih tinggi berbanding sekarang.

Ketika itu katanya 13 ADUN PAS kekal istiqamah walaupun ada kemungkinan parti terbabit akan terkeluar daripada kerajaan negeri.

"Jika mereka bimbang kehilangan jawatan maka sudah tentu mereka akan menurut jejak ADUN Hulu Kelang dan Morib. Tetapi mereka tidak.

"Mereka terus kekal menyokong keputusan presiden," katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...