Translate

Memaparkan catatan dengan label Lompat Parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lompat Parti. Papar semua catatan

09/03/2021

#LIM GUAN ENG HINA AGAMA ISLAM


GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan isu wakil rakyat lompat parti akan dibawa ke mahkamah walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.

 

Menurutnya, tidak wajar bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan tindakan wakil rakyat sedemikian sekiranya mereka mendakwa sebagai sebuah pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.

 

“SEBAGAI SEORANG BERAGAMA ISLAM, MURTAD ITU TIDAK DIBENARKAN KENAPA LOMPAT PARTI BOLEH DALAM POLITIK? Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke mahkamah,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang hari ini.

 

Mengulas isu yang sama, Guan Eng juga menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung isu lompat parti jelas melanggar prinsip pemimpin partinya  terdahulu.

 

“Kenyataan Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas melanggar prinsip politik yang dipertahankan pemimpin Pas seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

 

Semalam, media tempatan melaporkan tindakan wakil rakyat sama ada ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti Lompat Parti, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana mereka perlu meminda Perlembagaan.

 

“Akta Anti Lompat Parti di Pulau Pinang tersekat kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu.

 

“Pengubalan akta berkenaan tertakluk kepada perintah mahkamah yang sebelum ini telah memutuskan sebarang undang-undang berkaitan anti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah,” ujar Takiyuddin. – MG

 

UNTUK RUJUKAN: KLIK DISINI

27/12/2017

PKR KETANDUSAN WAKIL CALUN #PRU14???

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar A Samad hari ini sekali lagi menyelar pihak yang membuat FITNAH kononnya ada ADUN PAS Selangor yang mahu menyertai PKR.

Kata Iskandar, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak yang mempercayai akan fitnah berkenaan.

Sedangkan ujar beliau, ADUN yang didakwa itu adalah individu yang berdiri teguh di belakang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sayang, ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden.

"ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor).

"Walaupun tekanan dan PUJUKAN DITERIMA AMAT HEBAT sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, tersebar khabar angin bahawa terdapat 10 dari 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju parti tersebut terutama sekali dengan pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara faktor yang mendorong ADUN terbabit 'MELOMPAT KAPAL' itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan - dan berpotensi lebih besar untuk menang - dalam pilihan raya umum akan datang.

14/09/2015

PAS KESAL TERLALU BANYAK KATAK MELOMPAT DI MUSIM JEREBU/TENGKUJUH


KOTA BHARU, 13 September:

Tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar melompat parti terus mendapat kritikan pelbagai pihak yang melihatnya sebagai pengkhianatan terhadap idealisme, prinsip dan harapan pengundi di kawasan itu.

Selepas Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) tampil menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, kini giliran Ikatan Generasi Y Tumpat (iGET) mewakili mahasiswa Parlimen Tumpat melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Kamaruddin yang dilihat sebagai tidak setia dan mengkhianati parti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...