Translate

14/09/2015

PAS KESAL TERLALU BANYAK KATAK MELOMPAT DI MUSIM JEREBU/TENGKUJUH


KOTA BHARU, 13 September:

Tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar melompat parti terus mendapat kritikan pelbagai pihak yang melihatnya sebagai pengkhianatan terhadap idealisme, prinsip dan harapan pengundi di kawasan itu.

Selepas Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) tampil menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, kini giliran Ikatan Generasi Y Tumpat (iGET) mewakili mahasiswa Parlimen Tumpat melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Kamaruddin yang dilihat sebagai tidak setia dan mengkhianati parti.


Presidennya, Che Faizul Azhar Che Mat berkata, tindakan pemimpin itu dilihat seakan mengaibkan diri sendiri pada kaca mata anak muda khususnya kerana mungkir janji setianya kepada Pas.

Beliau berkata mahasiswa Parlimen Tumpat bertegas bahawa setiap wakil rakyat perlulah setia dengan dasar parti dan mendokong perjuangan parti yang diwakili.

“Amalan lompat parti yang kini menjadi tabiat oleh sesetengah wakil rakyat seharusnya tidak berlaku.

“Tindakan dangkal ini menampakkan diri wakil rakyat tersebut tidak berintegriti sekali gus membelakangkan harapan dan hasrat pengundi-pengundi di dalam pilihan raya yang lepas,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...