Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Tun
Dr Mahathir Mohamad melakukan
serangan yang ‘tidak kena pada tempatnya’ apabila menempelak bekas Penolong
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian urus
niaga forex Bank Negara berjumlah RM31.5
billion
Salleh berkata, mantan perdana menteri
itu sepatutnya 'menyerang' Penasihat DAP Lim Kit Siang, susulan pemimpin
veteran DAP itu yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian itu.
“Murad hanya memberi keterangan dalam
pendengaran RCI berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan bahawa
jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.
"Bagaimanapun, Kit Siang lah, yang
selama 20 tahun, mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus
niaga forex Bank Negara,” demikan menurut Salleh menerusi catatan terkini dalam
blog sskeruak.blogspot.my hari ini.
Semalam, Dr Mahathir meletakkan
kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong
gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam
diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.
Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir
kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula
memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat
pusingan-U berhubung skandal forex.
“TAHAP
KEPURA-PURAAN yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan
Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi
daripada mencari kebenaran.
“Bukankah Kit Siang yang menuntut
kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?”
tanya beliau.
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI