Translate

Memaparkan catatan dengan label Mursyidul Am PAS Hashim Jasin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mursyidul Am PAS Hashim Jasin. Papar semua catatan

22/10/2016

Orang Dok Pimpin Kita, Kita Kena Jadi Pemimpin, PAS Kena Jadi Pemimpin

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin tampil dengan pendirian menolak sebarang kerjasama yang mahu menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hashim, dalam ucapan sulung di Kelantan selepas baru dua minggu dilantik menerajui jawatan tertinggi PAS itu, berkata parti itu sudah membuat pelbagai jenis kerjasama sebelum ini dan terbukti ia tidak memberikan hasil.

“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi," katanya dalam majlis sambutan 26 tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas merujuk usaha PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendekati PAS bagi memastikan tiada pertindihan kerusi di kalangan pembangkang menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...