Saifuddin Akan Beri 'Sumbangan Besar' Kepada
PKR ???
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini berkata,
parti itu menjadi pilihannya kerana parti itu lebih 'menjadi' berbanding
parti-parti pembangkang lain.
"Hari ini politik tawar
menawar contohnya seperti Umno jaga Melayu, MCA jaga Cina dan MIC jaga India.
"Konfigurasi politik tersebut
hanya sesuai pada masa tertentu.Tetapi masa sudah berubah. Mereka mahu politik
yang lebih multiracial. Dalam konteks ini ada parti dalam BN cuba tetapi tidak
berjaya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai maksud
'menjadi' itu Saifuddin berkata, ia menjadi dari segi kesepaduan pelbagai kaum
didalam parti tersebut.