Translate

Memaparkan catatan dengan label Gabungan Harapan Baru (GHB). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gabungan Harapan Baru (GHB). Papar semua catatan

24/07/2015

MAT SABU TERUJA MENJADI PRESIDEN GHB ???

DALAM pada keghairahan ‘Mat Sabu and the gang’ yang dikatakan bakal menubuhkan parti baru iaitu Gerakan Harapan Baru, bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi ingatan kepada mereka supaya tidak hanya berperanan sebagai ‘burung kakak tua’ kepada DAP dan mengikut telunjuk parti tersebut.
Amaran tersebut dikeluarkan kerana menurut Mustafa, beliau khuatir puak progresif PAS itu akan hilang perjuangan asal mereka untk melaksanakan Hudud kerana semua sedia maklum, DAP amat menentang keras perlaksaaannya walaupun sudah seribu kali diberitahu, ia tidak melibatkan orang Islam.

20/07/2015

PULUHAN RIBU JADI MAK JANDA SETELAH LAHIRNYA GHB

KOTA BHARU - Mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas diingatkan agar merujuk semula sumpah bai’ah talak tiga ke atas isteri masing-masing jika mahu menganggotai satu parti baharu.
Peringatan keras itu ditegaskan Ketua Pas Rantau Panjang di Kelantan, Abdul Fatah Harun yang merujuk kepada wakil-wakil rakyat parti itu sekiranya berhasrat meninggalkan Pas dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Ujarnya, sumpah bai’ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan dengan semua wakil rakyat, sama ada peringkat parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri.
“Itu jelas kerana perkara ini bukan baharu iaitu sejak tahun 1990 lagi yang menyaksikan Pas buat kali kedua dalam sejarah dapat menawan semula Kelantan daripada penguasaan BN setelah pernah tumbang lewat 1970-an lalu.
“Maknanya kalau keluar parti secara sukarela atau cara lain, mereka ini masih termaktub dalam bai’ah, kecuali mereka ini terkeluar parti kerana kes jenayah, gila dan sebagainya,” katanya kepada sebuah stesen TV tempatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...