Presiden PKR Dr
Wan Azizah Wan Ismail tidak sepatutnya melakukan wawancara dengan Aljazeera. Sesiapa yang menasihati beliau untuk melakukan temubual itu (atau tidak
menghalang beliau daripada berbuat demikian) perlu ditembak. Mereka sepatutnya tahu sekarang bahawa anda tidak patut
percayakan Wan Azizah untuk berada di hadapan kamera kerana mulut beliau bergerak lebih
cepat daripada otaknya. Di
Amerika mereka akan memanggil beliau ‘dumb blonde‘.
Temubual itu
adalah bencana paling epik dan mendedahkan bukan sahaja kelemahan dalam PKR dan
Pakatan Harapan tetapi juga betapa lemahnya Wan Azizah itu sendiri.
Beliau mengelak dari menjawab banyak soalan secara terus dan
menyimpang apabila beliau tidak mempunyai jawapan. Ia menunjukkan
beliau sama sekali tidak mempunyai arah tujuan dan hanya proksi yang tidak
membuat sebarang keputusan tetapi hanya menjalankan keputusan orang lain.
Beliau juga bercanggah bukan sahaja dengan apa yang beliau telah kata
tetapi apa yang partinya dan Pakatan Harapan telah kata. Temu bual itu adalah
satu lagi paku di keranda Pakatan.
