
KUALA LUMPUR – Kejadian
rompak dan rogol ke atas seorang pelancong Amerika Syarikat baru-baru ini satu
tamparan hebat terhadap golongan pemandu teksi dan industri pelancongan negara
ini, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri
Lee Lam Thye.
Beliau berkata,
jenayah itu telah menjejaskan nama baik industri pengangkutan awam negara
khususnya teksi meskipun kejadian itu sebenanrya tidak melambangkan sikap
pemandu teksi Malaysia secara keseluruhannya.