Gambar hiasan |
Pemandu teksi tertembak tangan sendiri
Kuala Lumpur: Seorang
pemandu teksi yang memiliki pistol secara haram terbongkar selepas dia
tertembak tangannya sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Desa
Sri Hartamas kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, akibat takut
ditahan atas kesalahan memiliki pistol lelaki berkenaan menggunakan alasan
pistol berkenaan ditemui di dalam teksinya yang didakwa ditinggalkan seorang
pelanggan.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Kuala Lumpur , Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian di hadapan
sebuah restoran nasi kandar di Desa Sri Hartamas itu, lelaki berusia 27 tahun
itu dipercayai baru selesai membawa penumpang ke lokasi berkenaan untuk
mengutip hasil jualan harian.
Katanya, berdasarkan
keterangan lelaki itu selepas menghantar pelanggannya, dia ke tempat duduk
penumpang untuk mengambil minuman sebelum terjumpa sebuah beg sandang hitam.
"Kemudiannya, lelaki
itu cuba mengeluarkan pistol dalam beg berkenaan dan dalam proses buka magazine
pistol, dia terlepas satu das tembakan.
"Tembakan itu
menembusi tapak tangan kiri dan slug peluru tersangkut pada paha kaki kiri
mangsa," katanya kepada media.
Beliau berkata, lelaki
itu kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk
menerima rawatan kecemasan.
Katanya, pembedahan
dijalankan jam 12.40 petang dan kini dia dilaporkan stabil.
Ku berkata, pihaknya
percaya pistol berkenaan sebenarnya milik pemandu teksi itu dan menggunakan
alasan milik pelanggan akibat takut.