Translate

27/02/2011

PM, Pas dan Pluralisme Agama

1. Ramai cendekiawan Islam tempatan yang menghargai kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak minggu lalu mengenai fenomena pluralisme agama yang merbahaya kepada akidah umat Islam. Jika sebelum ini isu pluralisme agama ini tidak mendapat perhatian umum kerana ia hanya menjadi topik perbincangan di kalangan cendekiawan, ahli akademik dan tokoh agama, dengan kenyataan lantang Perdana Menteri ini ia memberi nafas baru kepada perbincangan permasalahan ummah ini. 

2. Isu pluralisme ini bukan baru, namun ia kembali "panas" sejak setahun dua lalu apabila timbul beberapa isu yang membabitkan pertikaian pendapatan antara agama Islam dan agama lain membabitkan soal pentadbiran, perundangan dan polisi. Yang menggusarkan ada pemimpin politik beragama Islam dari Pakatan Rakyat, Pas dan segelintir dari UMNO dilihat sanggup berkompromi sehingga ke tahap membawa idelogi pluralis ini. Kemuncaknya ialah ucapan seorang bekas tokoh pemimpin nombor wahid Angkatan Belia Islam Malaysia yang secara terang-terangan membawa ideologi kesamarataan agama ini dalam ucapan beliau di London tahun lalu.
3. Bagi memahami isu pluralisme ini secara sepintas lalu, saya cadangkan saudara/i membaca kertas kerja oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dan juga ringkasan yang ditulis oleh Mohd. Ayop Abd Razid mengenai pandangan tokoh cendekiawan Islam yang bimbang mengenai fahaman pluralisme.

4. Berbalik kepada kenyataan Perdana Menteri mengenai bahawa pluralisme, saya mendapat maklum balas bahawa ramai yang menghargai ingatan Perdana Menteri. Bagi saya pula kenyataan tersebut mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan Perdana Menteri mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. 

5. Selebihnya, keberanian Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak menyatakan sesuatu yang hak walaupun boleh menjejaskan populariti beliau di kalangan kelompok liberal elit politik dan perniagaan adalah sesuatu yang perlu dipandang tinggi. 

6. Anehnya, saya merasa amat hairan mengapa tokoh-tokoh di dalam Pas membisu seribu bahasa dalam isu ini. Yang jelas tampak bersuara ialah ketua Dewan Ulama Pas, Dato Harun Taib yang membuat kenyataan mengecam konsep pluralisme agama ini. Tapi kita semua tahu Dato Harun Taib sungguhpun Ketua Dewan Ulama bukanlah pihak paling "berkuasa" dalam menentukan pandangan agama oleh Pas.

7. Mengapa sikap Pas berubah begitu drastik dalam isu-isu agama termasuk isu kalimah Allah sangat misteri sifatnya dan mungkin boleh dianggap sebagai fenomena politik yang paranormal sifatnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...