Pembangkang sering mendakwa mereka mendapat sokongan orang muda berdasarkan saluran mengundi untuk orang muda yang seringkali memihak kepada mereka, waima dalam kempen yang membawa kepada kemenangan BN 4 kali berturut-turut.
Tapi pernahkah orang muda bertanya, apa yang sumbangan kembali pembangkang atas sokongan orang muda yang diberikan kepada mereka?
Pernahkah orang muda bertanya apa program yang dijalankan kerajaan pembangkang atau parti pembangkang yang mendatangkan faedah kepada golongan muda secara spesifik?
Program jauh sekali, ada orang muda yang dijadikan hamba seks sejenis oleh kepimpinan pembangkang (Lelaki Y).
Tapi kerajaan BN berbeza.
Keutamaan kepada orang muda tetap diberi perhatian walaupun sokongan golongan ini terhadap kerajaan memerintah tidak begitu ketara seperti mana sepatutnya. Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan muda malah senantiasa berusaha memajukan golongan ini dan memastikan kehidupan yang lebih terjamin.
Peluang ada di depan, terpulang bagaimana hendak digunakan.
Terbaru, kerajaan BN dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku atau SRP (tiada kaitan dengan kelulusan Mahfuz) yang membolehkan golongan muda berpendapatan bawah RM 3,000 untuk memiliki rumah sendiri.
Dulu pening mana nak cari deposit untuk membeli rumah, sekarang masalah itu tiada lagi kerana dibawah skim ini peserta akan mendapat pinjaman 100% dengan jumlah pinjaman antara RM 100,000 dan RM 250,000.
Kelemahan kepimpinan kerajaan pembangkang yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi terutama di Pulau Pinang dan Selangor menyukarkan orang muda yang baru belajar membentuk kehidupan berumah tangga untuk memiliki rumah sendiri.
Paling terkesan golongan muda melayu.
Dengan skim ini kerajaan BN berharap lebih ramai golongan muda mampu untuk membeli rumah sendiri. Bagi yang duduk di Selangor, bila dah ada skim ini, jangan pulak beli rumah flet, nanti tak dapat air percuma 20 meter padu pertama yang kononnya UNTUK SEMUA rakyat Selangor.
Cukai semua pun bayar tapi tak semua yang merasa.
Penulis rasa dalam dunia tidak ada kerajaan yang menyediakan khidmat terbaik seperti ini dan menumpu pula kepada golongan muda dan tidak berpendapatan tinggi. Ini memang satu usaha murni dan tidak salah rasanya untuk kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan kerajaan sebaik kerajaan BN.
Tahniah Datu Seri Najib!!!