Khamis, 19 Januari 2012

LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT TAPI PDRM GAGAL MENGAMBIL TINDAKAN KEATAS AMBIGA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan terhadap ribuan laporan dibuat ke atas pergerakan haram Bersih yang diketuai Datuk S. Ambiga agar golongan pengacau itu tidak menjadi besar kepala.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, perkara itu perlu memandangkan Ambiga serta konco-konconya kian biadab membuat ugutan untuk mengadakan perhimpunan haram sekali lagi sebelum pilihan raya akan datang.


Katanya, ugutan itu adalah sesuatu yang amat melampau dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas tanpa ada kompromi terhadap pergerakan haram tersebut.

"Apa motif Ambiga mahu buat ugutan sebegitu? Adakah kerana dia kecewa himpunan terdahulu gagal mencapai matlamat untuk terus mengkucar-kacirkan negara?

"Pada saya PDRM wajar mengambil tindakan tegas. Selagi tiada tindakan diambil, maka golongan ini akan besar kepala dan inilah akibatnya mereka berterusan membuat ugutan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ambiga semalam yang tidak menolak untuk sekali lagi turun ke jalanan sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Kenyataan itu dibuat kerana beliau mendakwa berasa khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Dalam pada itu, Zamil turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang didakwanya merelakan agar negara ini terus menjadi kacau dengan menerima pelantikan sebagai Pengerusi Bersama Bersih.

"Apa yang mereka mahukan lagi? Sia-sia saja PSC Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya ditubuhkan sekiranya perhimpunan haram itu diadakan sekali lagi," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...