Translate

05/04/2011

VIDEO SEKS - PEMUDA PAS PROTES.. DESAK TANGKAP ANWAR!!?

Kedengaran suara dari beberapa Jawatankuasa PAS di kawasan2 sekitar Selangor yang mendesak agar Anwar Ibrahim disiasat dengan lebih terperinci. Mereka yang menonton Video tersebut menganggap hanya orang yang tidak punyai akal sahaja mengatakan lelaki tersebut bukan Anwar Ibrahim. Secara jelas lagi terang raut wajah, rambut, gaya jalan dan senyuman yang terpapar di dalam Video terbabit merupakan individu yang juga merupakan Ketua Pembangkang. Anwar sewajarnya secara sukarela menerima Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat Video terbabit jika beliau benar2 tidak bersalah.

Dewan Pemuda PAS tidak mahu lagi bersekongkol dengan hal berkenaan Zina yang boleh membawa ke pintu Neraka. Penyelesaian paling mudah adalah mendesak agar penyiasatan segera dilakukan agar kesemua persoalan di minda rakyat menemui titik noktah. PAS Pusat diingatkan agar jangan mengheret parti ini dalam menyatakan sebarang sokongan mahupun bantahan mengenai isu2 sebegini. PAS sewajarnya bersikap berkecuali dan membiarkan Suruhanjaya Khas menyiasat perkara ini kerana jika PAS tersilap langkah, parti ini akan terus tercemar dan perjuangan Islam hanya dianggap palsu semata2.

Sebelum itu, Presiden PAS, Hadi Awang telah memberi sokongan penuh terhadap Anwar Ibrahim dan percaya Anwar tidak akan terbabit dalam sebarang bentuk kemaksiatan. Ianya disusuli dengan penganjuran Solat Hajat agar Anwar terus dilindungi dari apa yang disebut kononnya 'kezaliman' Pemerintahan BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...