PETALING JAYA - Pemuda Pas bakal mengagaskan program anak muda ke
Putrajaya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perkara itu disuarakan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucaptama
di Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.
Pemuda Pas turut menyasarkan peningkatan sokongan undi anak muda dalam
PRU14 kelak.
"...untuk mengagaskan satu program anak muda ke Putrajaya untuk
PRU14.
"Dengan sasaran ditingkatkan 15 peratuslagi ke 20 peratus undi anak
muda di setiap Dun dan Parlimen dalam negara kita ini," katanya.
Dalam ucapan sama, beliau menyentuh soal pemilihan Pemuda yang bakal berlangsung esok.
Dalam ucapan sama, beliau menyentuh soal pemilihan Pemuda yang bakal berlangsung esok.
"Saya tidak mahu pemilihan dalam muktamar kali ini merosakkan
hubungan dan ukhwah sesama kita.
"Apa yang lebih penting, tidak mengganggu agenda yang kita gariskan
sejak lama.
"Saya tidak mahu pemilihan kali ini merancakkan fitnah antara satu
sama lain," katanya.