Translate

23/11/2013

Bekas presiden parti di Sabah dipenjara 30 bulan


KOTA KINABALU - Seorang bekas ahli politik Sabah dikenakan hukuman penjara berjumlah 30 bulan dan denda RM2.75 juta oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengamalkan rasuah, lima tahun lepas.

Hakim Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman ke atas bekas presiden Parti Setia Sabah, Suaidin @ Suhaidin Langkab @ Langab, 63, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Suaidin dikenakan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM2 juta atau setahun penjara kerana meminta suapan sebanyak RM400,000 daripada Chew Ai Wah sebagai dorongan kononnya sebagai bayaran kepada pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Bayaran tersebut didakwa adalah bagi mengurus proses pengeluaran geran untuk Lot Tanah PT 80231840-PT80231842 and PT 80231849-PT80231852 dalam daerah Pitas, Sabah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty di sini pada pukul 9.30 malam, 28 Ogos, 2008.

Bagi pertuduhan kedua, dia dikenakan hukuman senjara 12 bulan dan denda RM750,000 atau 10 bulan penjara kerana menerima suapan sebanyak RM150,000 daripada Chew untuk tujuan sama di Restoran Penyu, Hotel Nexus Karambunai Resort, dekat sini, pada pukul 9 malam, 19 Sept, 2008.

Mahkamah memerintah hukuman penjara itu berjalan serentak iaitu hukuman yang lebih berat, 18 bulan penjara.

Dalam penghakimannya, Daly berkata berdasarkan keterangan, alasan pihak pembelaan bahawa wang itu adalah wang cengkeram tidak dapat diterima serta kesalahan itu adalah serius dan boleh memberi imej buruk kepada JTU.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...