Translate

04/02/2011

Krisis Mesir: Haram Syarie Bawa Pulang Orang Pas, Wajib Syarie Bawa Pulang Orang Umno ?

Posted by ruang bicara faisal

Tulisan saya sebelum ini agar Kerajaan BN mengutamakan pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN dibawa pulang terlebih dahulu dari Mesir menerima pelbagai respon. Ada yang menyokong dan ada yang menentang, tidak kurang juga yang memaki hamun saya. Tulisan tersebut telah mengundang sebanyak 430 komen dari pembaca.

Baguslah kalau begitu. Itu menunjukan provokasi yang saya lakukan berjaya. Walaupun ramai yang menghentam saya, saya tidak akan menarik balik artikel berkenaan atau nak buat u turn atau pun nak meminta maaf.Saya tetap berpandangan agar kerajaan mengutamakan untuk menyelamatkan pelajar-pelajar yang menyokong Umno terlebih dahulu atau pelajar-pelajar yang tidak berpolitik. Jangan sesekali pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka merayu sampai keluar air mata darah pun, jangan pedulikan mereka.

Ada yang hantar komen kononnya mereka rakyat Malaysia dan pegang paspot Malaysia dan itu tanggungjawab kerajaan.
Paspot untuk rakyat Malaysia yang setia
Paspot yang dipegang oleh juak-juak Pas sebelum ini. Sekarang baru nak mengaku pegang paspot Malaysia.

Orang yang pegang paspot Malaysia dia akan setia kepada kerajaan yang memerintah Malaysia. Bukannya menghentam dan memaki hamun kerajaan di luar negara. Bila susah begini baru nak sedar diri kononnya mereka orang Malaysia. Ptuihhhhh.....

Bukan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengeluarkan duit berjuta-juta bagi membawa pulang kamu. Kalau yang pergi belajar dengan tajaan kerajaan atau agensi-agensi kerajaan, maka yang itu menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membawa pulang mereka.

Yang pergi sendiri dan yang tidak pernah mendaftar dengan kedutaan kita di Mesir pandai-pandailah kamu nak balik macamana.Kebanyakan yang begitu adalah juak-juak Pas. Bukannya satu kewajipan kerajaan nak perhabis wang ringgit untuk membawa pulang kamu. Ramai lagi orang lain di sini yang nak pakai wang itu.

Ada yang kata saya patut mendoakan keselamatan saudara sesama Islam. Wa...kah...kah...kah.....sungguh melucukan. Sekarang baru nak ingat saudara sesama islam ke ? selama ini yang Pas mendoakan kehancuran Umno apa ke bendanya ? Umno kafir ke ?

Waktu susah dan waktu tersepit baru nak ingat saudara sesama islam. Ptuihhhhhh.....

Siapa yang nak mendoakan supaya DS Najib pecah perut ?

Siapa yang kata orang-orang Umno orang jahiliah ?

Siapa yang kata undi Umno atau BN haram syarie ?

Siapa yang gadai kalimah Allah kepada kristian semata-mata nak dapat undi ?

Sekarang sesama islam ye ? Wa...kah...kah....kah.....

Datuk Azeez, ahli MT Umno dan rombongannya telah selamat sampai di Cairo dan sekarang sedang bertungkus lumus untuk mengatur para pelajar untuk pulang ke Malaysia atau ke Jeddah.

Setiausaha Politik PM Kerajaan BN juga telah beberapa hari berada disana untuk menguruskan para pelajar pulang. Begitu juga dengan Menteri Kerajaan BN , Datuk Jamil Khir Baharom.

Sebentar tadi saya ada menghantar sms kepada Datuk Azeez supaya mengutamakan para pelajar yang sokong Umno dan yang tidak berpolitik untuk dibawa pulang terlebih dahulu.

Datuk Azeez jawab, hang jangan dok buat gilalah faisal oiiii. Aku mai sini nak tolong semua tak kira pas atau Umno dan arahan PM supaya tolong semua tanpa meninggalkan seorang pun.

Itulah masalahnya dengan Umno dan BN. Terlalu baik sangat. Orang dah pijak kepala kita, maki hamun kita dan sebagainya, kita masih nak tolong lagi.

Apakah dengan menolong mereka ada jaminan mereka akan menyokong kita kelak ? Takdenya, jangan haraplah orang-orang Pas nak menyokong kita. Depan kita sahaja mereka berpura-pura baik. Belakang kita mereka tikam kita habis-habisan.

Biarkan puak-puak yang menyokong Pas kebulur di sana. Biar mereka tahu bagaimana susahnya hidup apabila sesebuah negara dilanda masalah. Selama ini puak-puak merekalah yang galak nak buat rusuhan atau perhimpunan haram di KL. Sekarang, nah ambil kau !

Nak sangat rusuhan, duduklah kat sana, Apa ke halnya kelam kabut nak minta tolong kerajaan supaya bawa pulang. Pas selalu kata 'Selamatkan Malaysia'. Maknanya Malaysia tak selamat di mata Pas. Kalau tak selamat , kenapa nak pulang. Duduklah di Mesir kerana ianya sebuah negara yang 'selamat'.

Saya tetap berpandangan kerajaan perlu pilih orang-orang yang menyokong Umno atau yang tidak berpolitik untuk dibawa pulang terlebih dahulu. Jangan sesekali pedulikan orang-orang Pas.

Apa kata kalau saya kata begini,

Membawa pulang orang-orang Umno adalah wajib syarie dan membawa pulang orang-orang Pas adalah haram syarie. Ok ke ?

Orang-orang Pas sama dengan kaum jahiliah. Kaum yang seperti itu tidak perlu ditolong dan kita kena doakan agar mereka dimusnahkan. Ok ke ?

Untuk berita dari Cairo, sila klik di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...