Translate

Memaparkan catatan dengan label Rampasan Kuasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rampasan Kuasa. Papar semua catatan

25/07/2013

KEKALAHAN PAS DI PRK KUALA BESUT TERCABAR DG MENGHANTAR UNIT AMAL KE MESIR???

UNIT AMAL PAS AKAN DIHANTAR KE MESIR UNTUK MEMBANTU MENGEMBALIKAN KUASA TERHADAP PRESIDEN DR. MOHAMMAD MORSI YANG DIGULINGKAN ??????

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Ummat bersama Rakyat Mesir mengutuk rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi 26 Julai ini.

“Himpunan ini dianjurkan bersama antara DPPM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan. 

Himpunan itu, katanya akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di lokasi berhampiran. KLIK SINI

10/07/2013

SANDIWARA ANWAR telah DIRANCANG ????

HURU-HARA DIRANCANG DENGAN LAMPU HIJAU PENTAGON AMERIKA!


Seperti yang dijangka, revolusi yang berlaku di Mesir turut melibatkan kuasa asing. Michel Chossudovsky, penganalisis politik dari Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendedahkan bahawa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

Menyifatkan tentera Mesir sebagai "penerima terbesar bantuan ketenteraan AS selepas Israel" dan "sekutu kuat" Washington, Chossudovsky berkata rampasan kuasa telah dirancang dengan lampu hijau dari Pentagon.

"Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua AS Staf Jeneral Martin Dempsey berada dalam perhubungan kekal dengan arkitek rampasan kuasa itu dalam tempoh dua minggu sebelum pengambilalihan oleh tentera," tambah Chossudovsky.

MiM percaya kita masih ingat lagi apabila negara kita juga telah menyaksikan campurtangan pemimpin kuasa asing. Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat pernah cabul mulutnya mengkritik dan memihak kepada Anwar Ibrahim sebelum ini.  KLIK DISINI BACA LAGI

08/07/2013

NAK TUNJUK BAIK, TAPI HATI PERUT BUSUK SEPERTI BANGKAI !!!

Anwar munafik untuk mengutuk rampasan kuasa tentera Mesir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Kong Cho Ha yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepura-puraan bagi negara-negara yang mengamalkan demokrasi untuk bersuara terhadap rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden Mesir Mohammed Morsi menggesa.
The Setiausaha Agung MCA mendakwa bahawa Ketua Pembangkang sendiri telah mahu merampas kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

05/07/2013

INILAH CARA YANG DIMAHUKAN OLEH ANWAR IBRAHIM SERTA PAKATAN RAKYAT ????

KAHERAH - Pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir pertama yang dipilih melalui proses demokrasi, Mohammed Morsi kelmarin, setahun selepas beliau berkuasa.

Tentera kemudian menubuhkan sebuah pentadbiran sementara yang diketuai oleh ketua hakim, Adly Mansour sebagai pemangku presiden Mesir.

"Saya bersumpah akan memulihara sistem pentadbiran negara, menghormati perlembagaan dan undang-undang serta melindungi kepentingan rakyat," kata Mansour dalam majlis angkat sumpah di Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir di sini semalam.

Angkatan bersenjata Mesir turut menggantung perlembagaan dan membuat perancangan untuk mengadakan pilihan raya Presiden yang baharu.

Morsi menyifatkan tindakan tentera itu sebagai rampasan kuasa sepenuhnya.

Selepas pengumuman mengenai rampasan kuasa tersebut disiarkan di televisyen, berjuta-juta penunjuk perasaan anti-Morsi bersorak gembira. 

Mereka berpesta sambil menjerit "Tuhan Maha Besar" dan "Hidup Mesir".

04/03/2013

Kerajaan Digesa Tubuh Suruhanjaya Siasat Dakwaan Filipina

Kerajaan digesa menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyisasat dakwaan media Filipina dan agensi berita Reuters yang melaporkan ahli politik pembangkang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Pesuruhjaya Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli berkata sehubungan itu, satu laporan polis berhubung isu pembabitan pembangkang dalam kes tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini petang ini.
Pemimpin pembangkang dikatakan menemui pihak Kesultanan Sulu sejak November tahun lalu dan tindakan itu mengancam keselamatan dan kedaulatan negara menyebabkan tujuh anggota pasukan keselamatan terkorban," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...